Sesetengah individu tidak mempunyai 'common sense' apabila mengambil makanan yang ditempatkan di pantri tanpa kebenaran pemberi. -Gambar hiasan AI
BERKONGSI rezeki di tempat kerja sememangnya mampu mewujudkan suasana yang lebih mesra dan harmoni antara rakan sepasukan.Sebagai contoh, ada sesetengah majikan atau pekerja yang tidak berkira mengeluarkan wang sendiri membeli makanan untuk diletakkan di pantri sebagai kudapan bersama. Namun, sikap segelintir individu yang didakwa suka mengambil kesempatan boleh mengundang rasa kurang senang, sebagaimana perkongsian seorang individu ini mengenai rakan sekerjanya. Menurut individu tersebut, seorang rakan sekerjanya tanpa segan silu 'menapau' makanan ringan di pantri pejabat sehingga menyebabkan orang lain tidak sempat menikmatinya.Menjadi kebiasaan apabila pekerja atau majikan membeli makanan untuk diletakkan di pantri sebagai kudapan bersama. -Gambar hiasan AI"Pelik betul perangai bawa balik makanan yang disediakan dekat pantry office."Ini bukan masalah cemburu sebab saya yang letak makanan ringan dekat situ untuk makan bersama. Sambil niat bersedekah untuk rakan-rakan sekerja mengunyah di pejabat."Saya letak kek Apollo sikit, wafer sikit, biskut sikit. Boleh pula dia tapau bawa balik nak bagi anak-anak," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.Katanya lagi, pada awalnya dia menyangka bekalan makanan ringan itu cepat licin kerana disukai ramai warga pejabat.ARTIKEL BERKAITAN: Perangai acah CEO rakan sekerja buat ramai meluat, suka kawal semua benda dekat pejabat... Makan dekat pantri pun kena soal!ARTIKEL BERKAITAN: Masuk pejabat jadi pendiam, kurang bergaul… Wanita terkejut jumpa akaun ‘X’ rakan ofis, ‘warna’ sebenar akhirnya terbongkar!"Mula-mula ingat... oh mereka memang suka jajan kot sebab tu cepat habis. Jadi saya letaklah lagi. "Sekali nampak seorang ni ambil, letak dalam beg. Ambil dua untuk each snack sebab anak dia dua orang," kongsinya.Individu berkenaan menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk berkira atau mengungkit, sebaliknya terkedu melihat tindakan rakan sekerja yang membawa pulang makanan berkenaan sedangkan ia khusus disediakan untuk kudapan di pejabat."Saya ikhlas guys cuma macam peliknya perangai. Tak tergamak saya nak tapau bawa balik makanan yang disedekahkan untuk orang lain."Tak hairanlah cepat habis. Masalahnya orang lain tak makan pun lagi tapi dah licin," luahnya lagi.Seorang individu berkongsi kisah rakan sekerja yang didakwa membawa pulang jajan dari pantri pejabat.Individu itu berkata, dia ikhlas menyediakan makanan ringan untuk dikongsi bersama rakan-rakan.Dia terkejut apabila mendapati ada yang mengambil jajan untuk dibawa pulang buat kudapan anak-anak.Menurutnya, makanan di pantri cepat habis menyebabkan rakan lain tidak sempat menikmatinya.Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi, ada yang mengkritik tindakan tersebut dan ada yang melihatnya dari sudut berbeza.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.Rata-rata berpendapat tindakan sedemikian tidak wajar.Mereka menasihatkan agar sesiapa sahaja mengambil makanan di pantri sekadar perlu sahaja serta menghormati niat asal pemberi yang mahu berkongsi rezeki bersama rakan pejabat.Namun, ada juga yang melihat perkara itu daripada sudut berbeza dan berpendapat mungkin rakan sekerjanya tidak berniat mengambil kesempatan, sebaliknya hanya menganggap makanan tersebut sebagai pemberian yang boleh dikongsi bersama keluarga.