BAGI mana-mana pemilik yang menghantar kenderaan untuk diselenggara, sudah tentu mereka mengharapkan urusan berjalan dengan lancar dan selamat.Namun, berbeza pula dengan pengalaman kurang menyenangkan yang dilalui seorang wanita ini. Dia mendakwa wang tunai miliknya hilang selepas keretanya selesai diservis dan dikembalikan di sebuah pusat servis.Menerusi perkongsian di Threads, dia berkata perkara itu disedari selepas urusan servis selesai dan dia kembali masuk ke dalam kereta.Pemilik dinasihatkan memeriksa kenderaan masing-masing sebelum meninggalkannya untuk diselenggara bagi mengelakkan kejadian tak diingini. -Gambar hiasan AI"Tadi pergi service kereta dekat pusat servis. Lepas selesai semua kita masuk kereta, check dalam box, eh duit hilang," kongsinya.Terkejut dengan hal itu, dia terus keluar semula dari kereta lalu bertanya kepada pihak pusat servis mengenai staf yang menguruskan kenderaannya, sebelum meminta perkara tersebut diperiksa dengan teliti."Kita turun semula pergi tanya... siapa yang uruskan kereta saya tadi? Bincang-bincang, (mereka) panggil seorang budak tu. Budak tu kata dia tak buka kereta. Kita pun okay, (minta) check CCTV la."Tak sampai berapa minit, budak tu datang... ni kak duit RM50, saya jumpa dalam tong sampah. Masa budak tu bagi semula duit tu, berubah muka staf di situ tu ya," ceritanya.ARTIKEL BERKAITAN: Main WhatsApp, tengok video waktu kerja... Tauke kedai emas persoal isu amanah, perjelas kes pecat pekerja hari pertamaARTIKEL BERKAITAN: Juruwang buat kerja tak ‘clean’, kantoi cuba sorok kambing perap milik pelanggan lepas ‘scan’ masuk bilUjar wanita itu, dia bukannya mahu membuat tuduhan melulu, sebaliknya cuma mahu pihak berkenaan bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku."Maaf cakap, saya tiada niat nak menipu. Manager atau sesiapa entah datang minta maaf dan ganti balik nilai yang hilang tu."Katanya mereka akan periksa dan ambil tindakan dekat budak tu... sampai buang kerja. Entah betul, entah tidak."Bukan pasal nilai wang tu, tapi pasal tanggungjawab. Kalau bukan hak kau, jangan ambil," ujarnya.Seorang wanita mendakwa wang RM50 miliknya hilang selepas menghantar kereta untuk diservis di sebuah pusat servis.Dia meminta pihak pusat servis menyemak rakaman CCTV sebelum wang tersebut ditemui semula dan dipulangkan.Menurutnya, pihak pengurusan memohon maaf serta memaklumkan tindakan akan diambil terhadap pekerja yang terlibat.Wanita itu berkata, isu tersebut bukan mengenai nilai wang, sebaliknya membabitkan soal amanah dan tanggungjawab.Netizen menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati, selain menekankan kepentingan integriti dalam menjaga kepercayaan pelanggan.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut wanita tersebut, dia terpanggil untuk membuat perkongsian tersebut agar mana-mana pemilik kenderaan lebih beringat dan mengambil pengajaran daripada kejadian yang menimpanya. Di ruangan komen, perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.Rata-rata menyarankan orang ramai supaya tidak meninggalkan wang tunai atau barangan berharga di dalam kenderaan ketika menghantarnya ke pusat servis atau pusat cuci kereta sebagai langkah berjaga-jaga.Namun ada yang berpendapat sebaliknya dengan menegaskan bahawa isu sebenar adalah soal amanah dan integriti lebih-lebih lagi melibatkan kepercayaan pelanggan.