suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya ada lesen... tapi takut” - Wanita kecil hati kawan buat modal gelak, asyik disindir tak pandai pandu kereta

Penggunaan pengangkutan awam menjadi pilihan ramai bukan sahaja kerana lebih jimat, malah dapat mengelakkan tekanan akibat kesesakan lalu lintas. -Gambar hiasan AI

BAGI sesetengah individu, menjadikan sesuatu subjek atau topik sebagai bahan jenaka mungkin dianggap sekadar memeriahkan suasana.

Namun tanpa disedari, tindakan berkenaan sebenarnya memberi kesan kepada orang yang menjadi sasaran, lebih-lebih lagi apabila ia diulang berkali-kali.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila sering dijadikan bahan gurauan oleh rakannya hanya kerana dia kurang berani memandu kereta.

Tekanan yang dihadapi seseorang boleh menjejaskan prestasi di tempat kerja. -Gambar hiasan 

"Ada seorang kawan yang selalu buat lawak mengenai saya yang ada lesen tapi takut nak bawa kereta.

"Apabila orang tanya saya drive ke tak, dia selalu berlagak. Kemudian dia akan cakap ayat menyindir seperti... dia mana drive ataupun... macam mana dia nak pergi kalau tak boleh drive. Dia cakap ayat-ayat macam ni sambil gelak," luahnya.

Tambah wanita berkenaan, pada mulanya dia tidak mengambil hati dengan gurauan tersebut kerana menganggap ia sekadar jenaka sesama rakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Budi baik dibalas hinaan... Wanita kecewa digelar khadam, niat murni bantu kawan miskin tak makan dipersenda!

ARTIKEL BERKAITAN: Hati isteri rasa kena rentap kerja suami dipersenda keluarga, anggap gurauan ‘lawyer buruk’ tak kena tempat

Namun, apabila perkara sama terus diulang, perasaan kurang selesa mula timbul sehingga membuatkan dia terasa hati.

"Padahal, saya drive juga sikit-sikit kalau dekat. Mula-mula rasa okay la... jokes je. Tapi lama-lama terasa la juga.

"Harapnya lepas ni saya berani la nak drive sendiri," katanya lagi.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang berpendapat perkara sedemikian tidak sepatutnya dijadikan bahan usikan secara berterusan sehingga boleh menjejaskan perasaan seseorang.

  • Seorang wanita terkilan sering dipersenda kerana takut memandu walaupun ada lesen.
  • Rakannya kerap bergurau setiap kali ditanya sama ada dia memandu.
  • Pada awalnya dia menganggapnya sekadar jenaka, namun lama-kelamaan mula terasa hati.
  • Dia berharap dapat lebih berani memandu sendiri selepas ini.
  • Netizen menyifatkan gurauan itu keterlaluan dan menyarankan dia lebih tegas.

Ada yang menyarankan supaya dia lebih lantang dan berani mempertahankan diri agar tidak terus menjadi 'sasaran'.

"Saya pula ambil lesen kereta auto. Lepas tu kawan saya ni cakap... ambillah manual baru boleh bawa dua-dua.

"Orang macam tu dia tak hormat awak pun. Kalau dia kawan awak, dia tak akan sebut apa yang awak paling insecure.

"Cakap dekat dia, diamlah!" demikian antara komen netizen.

Artikel Lain