suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan ikut Gen Z anak orang kaya! Wanita tegur pelajar ‘intern’ cipta budaya bagi hadiah satu pejabat

Pelajar latihan industri tidak diwajibkan untuk memberikan sebarang cenderahati kepada penyelia mahupun senior. -Gambar hiasan AI

MENJELANG tamat latihan industri, segelintir pelajar yang berkemampuan biasanya akan memberikan cenderahati kepada penyelia atau senior yang banyak membantu mereka.

Namun tular satu perkongsian seorang wanita yang memberi peringatan kepada pelajar latihan industri agar tidak menganggap amalan itu sebagai satu kewajipan.

Menerusi perkongsian itu, dia mendedahkan ada pelajar yang menjalani praktikal di syarikatnya bertindak memberi hadiah kepada lebih 70 kakitangan dalam organisasi berkenaan.

Pengalaman latihan industri sepatutnya dimanfaatkan sebagai persediaan sebelum ke alam kerja sebenar. -Gambar hiasan AI

"Untuk adik-adik intern, tolong jangan normalisasikan bagi goodies dekat kami pekerja tetap ni. Cukup bagi dekat orang yang guide kamu je.

"Ini sampai satu pejabat dapat hadiah. Benda ni akan sebabkan beban kewangan dekat intern lain tau. Kalau nak bagi, buat secara senyap sahaja.

"Ada enam intern berlainan universiti, semua bagi goodies. Untuk maklumat, pejabat aku ada lebih 70 orang. Semua dapat tau," ujarnya.

  • Wanita tular selepas kongsi cerita tentang pelajar latihan industri syarikatnya.
  • Dia berkata pelajar praktikal agih hadiah kepada lebih 70 kakitangan syarikat itu.
  • Dia memberi pesan agar amalan berkenaan tidak dianggap sebagai satu kewajipan.
  • Menurutnya lagi, amalan itu boleh memberi tekanan kepada pelajar kurang berkemampuan.

Tambah wanita itu lagi, pemberian berkenaan tidak sepatutnya memberi tekanan kepada pelajar lain, khususnya yang kurang berkemampuan.

"Mana yang berkemampuan tu, kalau nak bagi, bagilah. Untuk adik-adik intern lain, kalau tak dapat bagi goodies pun, tiada masalah. Kami okey je, jangan tertekan ya," pesannya lagi.

Perkongsian oleh wanita itu menerima lebih 10,000 tanda suka dan turut dihujani lebih 200 komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pertikai kualiti ‘intern’ zaman sekarang, asyik ‘mabuk’ nak bercinta! Ikut kepala sendiri masuk kerja 10.30 pagi

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar intern panas hati dituduh asyik balik awal, staf kontrak siap ugut gagalkan latihan industri - “Tolonglah jangan jahat sangat”

Menerusi ruangan komen, ramai netizen turut bersetuju dan menasihati golongan pelajar agar usah membebankan diri dengan perkara yang tidak wujud dalam syarat latihan praktikal.

"Tak perlu ikut orang. Kalau ada duit, lantaklah nak bagi satu pejabat pun. Kalau tiada duit, buat bodoh je. Tak payah rasa tertekan sangat.

"Pelajar berduit la tu. Sebab tu dia bagi. Kalau pelajar tiada duit, mereka peluk, cium dan salam je," tulis netizen lagi.

Artikel Lain