suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruwang buat kerja tak ‘clean’, kantoi cuba sorok kambing perap milik pelanggan lepas ‘scan’ masuk bil

Sebarang kesilapan di kaunter pembayaran perlu diselesaikan secara berhemah bagi mengelakkan perselisihan faham antara pelanggan dengan pekerja. -Gambar hiasan AI

KESILAPAN semasa urusan pembayaran di kaunter bukanlah perkara asing dan boleh berlaku tanpa disedari, sama ada berpunca daripada kecuaian pelanggan mahupun juruwang.

Namun bagi seorang wanita, pengalaman berdepan situasi tersebut di sebuah pasar raya mengundang rasa amarah apabila juruwang enggan mengakui kesilapan biarpun bukti kecuaian sudah ada di depan mata.

"Al-kisahnya saya pergi beli barang. Masa nak bayar, dia dah scan semua barang. Tapi ada satu barang iaitu kambing perap dia scan paling akhir, lepas tu dia letak dekat bahagian belakang tempat dia berdiri.

"Aku ingat dia letak kambing tu kat situ sebab nak masukkan dalam beg plastik sebab barang basah. Lepas tu dia beritahu total semua dekat husband aku," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Juruwang mulut celupar terdiam lepas ‘kantoi busuk’ mengumpat pelanggan tak cukup RM5 - “Auto senyap macam kena mute”

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik berkopiah kantoi scam juruwang, hulur RM50 tapi buat kecoh cakap bagi RM100... Lega ada CCTV depan kaunter

Menyedari sesuatu yang mencurigakan, wanita berkenaan terus bertanya kepada juruwang terbabit punca bungkusan kambing perapnya dialihkan ke bahagian belakang.

"Kemudian aku tanya dia... kambing tu kenapa you letak sana? Tapi dia boleh tanya aku balik... bila masa saya letak sini? 

“Aku cakap la... saya berdiri kat sini nampak dari tadi you scan barang, lepas tu barang yang satu tu you letak kat belakang. Dia boleh bertekak lagi dengan aku.

"Kau sebenarnya nak ambil barang tu ke macam mana. Atau kau tengah blur? Kalau blur, barang-barang lain boleh pula elok scan, kenapa yang lamb marinated ni kau boleh asingkan secara tiba-tiba," kongsinya.

Senyuman dan layanan mesra kakitangan menjadi faktor yang menambat hati pelanggan. -Gambar hiasan AI

Apa yang membuatkan pengadu lebih terkejut, semakan pada resit mendapati juruwang berkenaan sebenarnya telah mengimbas kambing perap tersebut sebanyak dua kali sebelum menyorokkannya.

"Aku tanya kenapa dia scan lamb ni dua kali? Dia tak mengaku. Terus aku tunjuk resit depan muka dia. Lepas tu baru mulut dia tu senyap dan bagi refund dekat aku RM43.70. 

"Tapi satu perkataan sorry atau maaf pun tak keluar dari mulut dia," luahnya kesal. 

  • Seorang wanita mendakwa juruwang sebuah pasar raya melakukan kesilapan ketika pembayaran.
  • Dia curiga apabila bungkusan kambing perap diasingkan selepas diimbas.
  • Semakan resit mendapati barang itu diimbas dua kali.
  • Wang dipulangkan, namun juruwang didakwa tidak memohon maaf.
  • Pengurusan pasar raya menghubungi wanita itu, manakala netizen menggesa tindakan diambil.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaharu, difahamkan pihak pengurusan pasar raya berkenaan sudah menghubungi wanita tersebut untuk tindakan susulan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa berang malah menggesa pihak pengurusan mengambil tindakan tegas terhadap pekerja berkenaan agar kejadian serupa tidak berulang kepada pelanggan lain.

"Kalau kena dekat orang lain yang tak perhati waktu cashier scan barang, memang sah barang kena songlap.

"Kali ni cashier kantoi... melepas nak makan kambing.

"Nampak gaya macam dah biasa buat tu. Saja nak cuba nasib tiba-tiba terkantoi pula," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain