suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis rimas dapat ‘roommate’ alim, hari-hari kena paksa solat - “Kubur masing-masing, jagalah diri sendiri!”

Rakan sebilik perlu saling menghormati. -Gambar hiasan AI

KEHADIRAN insan yang tidak jemu memberi peringatan dan mengajak melakukan kebaikan adalah sesuatu wajar disyukuri.

Namun lain pula ceritanya dengan gadis ini apabila dia meluahkan rasa rimas kerana terpaksa berkongsi bilik dengan seorang pelajar alim.

"Saya ada luahan tentang rakan sebilik. Saya tak kisah dia nak solat atau buat apa tapi 'semaklah' hari-hari ajak solat bersama. Hari-hari dia tegur, saya rimas.

Muslims perform tarawih prayers to welcome the holy fasting month of Ramadan at the National Mosque in Kuala Lumpur, March 1, 2025. — GLENN GUAN/The Star

Solat merupakan kewajipan bagi umat Islam. -Gambar hiasan

"Kubur masing-masing, jadi jagalah diri sendiri. Dalam agama kita kan tiada paksaan. Kalau nak alim, masuklah Fakulti Islam, jangan masuk Fakulti Sains.

"Bukan niat nak hina orang alim, tapi saya dah rimas. Dia kacau waktu lapang saya. Dia juga selalu tegur bila saya tinggal solat Subuh atau Maghrib," ujarnya.

Dalam hantaran sama, gadis itu turut meluahkan rasa kurang senang apabila rakan sebiliknya turut menegur soal pemakaian tudung.

  • Seorang gadis tular di aplikasi Threads selepas kongsi cerita tentang rakan sebiliknya.
  • Pelajar itu  rimas kerana rakan sebiliknya yang alim dan gemar mengajak ke arah kebaikan.
  • Dia juga tidak suka apabila dipaksa menutup aurat sedangkan perkara itu tidak ditegur ibu bapanya.
  • Ramai netizen tegur gadis itu kerana tidak bersyukur dapat rakan sebilik yang baik.

"Dia selalu tegur supaya jaga aurat. Mak ayah saya pun tak pernah suruh pakai tudung. Dia ingat semua yang pakai tudung baik ke?" tulis gadis itu lagi.

Hantaran dimuat naik oleh gadis itu tular di aplikasi Threads sehingga ia mengundang ribuan komen netizen.

Bagaimanapun, rata-rata pelayar Threads menegur kenyataan gadis itu dan memintanya bersyukur kerana dikurniakan rakan sebilik yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Berdesup', 2 minit siap! Wanita musykil 'roommate' solat laju, lepas bagi salam terus tengok telefon - "Baca yang wajib je"

ARTIKEL BERKAITAN: Muka nak berseri tapi hati tak berapa cantik! Gadis berang ‘roommate’ buka lampu tengah malam demi rutin ‘skincare’

"Kamu patut bersyukur Allah hadirkan rakan sebilik yang ajak beribadah. 

"Kadang-kadang Allah hadirkan seseorang itu bersebab. Saya bersyukur kalau dapat rakan sebilik macam ini.

"Kalau tak selesa, boleh je pergi pejabat dan minta tukar rakan sebilik," tulis netizen.

Artikel Lain