suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda ‘reject’ wanita sebab jauh, tapi mahu sambung taaruf jika misi cari isteri gagal - “Nak buat kita calon simpanan pula!”

Proses taaruf membolehkan pasangan mengenali hati budi masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan. -Gambar hiasan AI

SEBELUM melangkah ke alam perkahwinan, proses taaruf sering menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mengenali bakal pasangan dan dalam masa sama masih menjaga batas. 

Namun, tidak semuanya berakhir seperti diharapkan, seperti mana kisah dikongsikan oleh seorang wanita ini mengenai pengalaman taarufnya dengan seorang lelaki menemui kegagalan.

Menerusi hantaran dikongsikan di Threads, wanita itu berkata pada awalnya lelaki berkenaan dilihat sebagai calon suami berpotensi dan memenuhi kriteria.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tergoda, tak tahan” - Baru sekali taaruf, wanita terkejut ustaz sekolah menengah ajak panggil ‘sayang’

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-siakan sesi taaruf, wanita tolak cadangan tunang ‘upgrade’ kereta Honda lepas kahwin... Ada hati ajak kongsi bayar hutang!

"Pernah taaruf dengan seorang lelaki ni. Dipendekkan cerita, jumpa la dekat kafe untuk face to face.

"Lepas jumpa, kitorang decide dua minggu untuk masing-masing bagi keputusan sama ada nak teruskan atau tak.

"Saya bagitau dia, saya nak teruskan sebab mak saya approved dan sedap hati. Saya pun dah istikharah," kongsinya.

Bagaimanapun ujarnya, lelaki berkenaan kemudian memaklumkan tidak mahu meneruskan proses tersebut dengan alasan jarak yang jauh.

Pasangan yang sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga semestinya akan melalui pelbagai ujian. -Gambar hiasan AI

Apa mengundang rasa kurang senangnya, lelaki berkenaan tanpa rasa bersalah memberitahu mahu kembali menyambung taaruf jika dia gaga; menemui calon isteri yang sesuai.

"Dia kata, kalau dia tak jumpa lagi calon lain dan saya pun tak jumpa lagi calon lain tahun ni, dia nak sambung balik taaruf dengan saya. Saya macam... excuse me?" luahnya.

Walaupun mengakui lelaki itu seorang yang sopan sepanjang proses berkenaan, namun dia berpendapat tindakan menjadikannya sebagai pilihan kedua atau 'calon simpanan' sebagai tidak wajar.

"Dia sopan je, cuma nak minta taaruf balik tu yang tak boleh brain. Dah tak nak, buatlah cara tak nak. Nak buat kita calon simpanan pula," katanya lagi.

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman taarufnya dengan calon bakal suami yang tidak berjaya.
  • Selepas berjumpa, dia mahu teruskan hubungan ke fasa seterusnya namun lelaki tersebut jujur menolak dengan alasan jarak jauh.
  • Lelaki berkenaan malah beritahu mahu sambung taaruf jika tak jumpa calon isteri yang sesuai.
  • Tindakan lelaki itu buat dia terkilan seolah-olah dirinya calon simpanan.
  • Netizen menyarankan supaya wanita itu undur diri kerana layak mendapat calon lain yang lebih baik.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dengan rata-ratanya menyarankan supaya wanita berkenaan mengundur diri kerana dia layak mendapat calon lebih baik. 

Ada juga beranggapan keputusan untuk meneruskan atau menamatkan proses taaruf seharusnya dibuat dengan jelas demi menjaga perasaan kedua-dua pihak.

"Dia buat sis sebagai option. Sis buatlah dia sebagai option juga.

"Wow entitled ya. Semoga sis jumpa seseorang yang lain secepat mungkin, lebih baik dan bagus daripada dia.

"Awak patut dapat yang lebih baik. Lelaki itu tak serius," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain