suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak darjah 3 terkontang-kanting di sekolah tahfiz, sekadar belajar ’survival’ hidup... Tak sempat menghafal sebab sibuk basuh baju senior

Anak-anak perlu belajar berdikari apabila dihantar ke asrama pada usia muda. -Gambar hiasan AI

HASRAT melihat anak membesar dengan didikan agama yang kukuh mendorong ramai ibu bapa memilih sekolah tahfiz sebagai tempat menimba ilmu.

Namun, sebagaimana sekolah-sekolah berasrama yang lain, sebilangan institusi tahfziz juga mempunyai sisi gelap tersendiri.

Menurut seorang pemuda lepasan tahfiz, dia tidak setuju tindakan segelintir ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke insitusi itu pada usia yang sangat mentah.

Setiap ibu bapa mahu melihat anak-anak mereka membesar sebagai insan yang berguna. -Gambar hiasan AI

"Depan mata ku sendiri, budak darjah tiga dihantar ke tahfiz. Akhirnya bukan dapat capai apa-apa. Sekadar belajar survival hidup je.

"Umur bawah 12, sentuhan guru memang penting. Tapi tak boleh lepas daripada pandangan ibu bapa. Hantar ke asrama, serah 100 peratus kepada guru pada usia kecil tak sesuai.

"Kena buli pula tu. Senior suruh basuh baju. Menghafal pun tak ke mana," ujar pemuda itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads pada Ahad.

  • Pemuda lepasan tahfiz tular selepas kongsi pandangannya di Threads.
  • Dia tidak setuju ibu bapa hantar anak-anak masih kecil tinggal di asrama.
  • Berdasarkan pengalaman, dia melihat budak darjah tiga dibuli di asrama.
  • Beberapa netizen turut bersetuju dengan pandangan dilontarkan pemuda itu.

Di ruangan komen, beberapa pelayar Threads turut bersetuju dengan pemuda itu dan meminta ibu bapa membuat pertimbangan sewajarnya sebelum menghantar anak yang masih kecil ke asrama.

"Kalau setakat (masuk tahfiz) untuk belajar mengaji tapi masih duduk dengan mak ayah, saya setuju. Kalau kena duduk asrama, saya tak setuju. Sekarang banyak kes buli.

"Kalau tiada keperluan mendesak, janganlah hantar anak bawah 12 tahun masuk asrama. Masih kecil tu, mak ayah jagalah. Kesian anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bongkar sisi gelap sekolah berasrama, pusat tahfiz... Dakwa tempat berputik minat kaum sejenis

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mengamuk, ustaz sekolah tahfiz teruk dimaki! Terkejut sangat jumpa anak dikerah jual kismis di stesen minyak

"Kami suami isteri pernah sekolah asrama. Kami dah tetapkan, anak hanya boleh duduk luar selepas umur 18. Pengaruh rakan sebaya lagi bahaya.

"Saya masukkan anak ke sekolah tahfiz harian yang tak duduk asrama. Tak nak anak kena buli atau diganggu. Saya jenis tak percaya orang," tulis beberapa individu.

Sebagai peringatan, ibu bapa disaran memastikan sekolah tahfiz yang dipilih berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri serta memenuhi standard ditetapkan demi keselamatan dan kebajikan anak-anak.

Artikel Lain