suria

Ibu mengamuk, ustaz sekolah tahfiz teruk dimaki! Terkejut sangat jumpa anak dikerah jual kismis di stesen minyak

Kanak-kanak tidak sepatutnya dikerah tenaga untuk mencari wang seperti orang dewasa. -Gambar hiasan AI

PENDEDAHAN mengenai sebuah maahad tahfiz yang didakwa mengeksploitasi pelajarnya menjadi bualan hangat dalam kalangan warga maya.

Dalam satu hantaran di Facebook, seorang wanita mendakwa anak rakannya dipaksa menjual kismis ketika sedang menuntut di institusi berkenaan.

"Ada seorang rakan, hantar anak masuk maahad tahfiz. Pendaftaran RM2,000. Bulanan RM700. Suatu hari, dia outstation ke (negeri) utara.

A kids do a Hari Raya praying at Ijtimaie Mosque,Tebuk Pulai,Sabak Bernam inconjunction Hari Raya Aidlifitri celebrations on August 8,2013.The Star / Shahrul Fazry Ismail

Ramai ibu bapa menghantar anak ke sekolah tahfiz. -Gambar hiasan

"Singgah isi minyak. Dia nampak anak dia kena jual kismis kat stesen minyak tu," dakwanya.

Menurut wanita berkenaan, kejadian tersebut menyebabkan rakannya 'naik hantu' dan segera mengeluarkan anaknya daripada maahad tahfiz berkenaan.

"Punya baran, habis dia maki hamun, carutkan mudir maahad tu. Dia bawa anak dia ke maahad, dia maki semua orang dalam pejabat. Ustaz, ustazah semua dia maki.

  • Wanita dakwa anak rakannya dieksploitasi oleh sebuah sekolah tahfiz.
  • Rakannya terkejut lihat anak sendiri terpaksa berniaga kismis di stesen minyak.
  • Kejadian itu menyebabkan rakannya mengamuk dan mengeluarkan anaknya dari sekolah itu.
  • Netizen beri saranan supaya ibu bapa cari sekolah tahfiz yang berdaftar.

"Dia kemas baju anak dia, hari tu juga dia keluarkan anak dia daripada situ. Pengurusan maahad kata jual kismis tu sebenarnya silibus kokurikulum, untuk ajar anak muamalah.

"Mudir maahad tu pakai Mercedes-Benz. Bukan model lama, model baharu. Tapi dia cakap ada orang infak untuk kegunaan madrasah, bukan dia punya," dakwanya lagi.

Tambahnya, dia juga sering teringat kisah berkenaan setiap kali melihat iklan-iklan pusat tahfiz yang berlegar di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu persoal cara murid dipilih sertai aktiviti sekolah, anak cikgu mesti 'terpilih'! - "Tak dengki, tapi kenapa asyik muka sama?"

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu cemas surat anak dapat anugerah tertinggal di kelas, gigih patah balik ke sekolah... Tapi terkilan lepas baca isi kandungan

Di ruangan komen, netizen memberi saranan kepada  ibu bapa agar mencari sekolah tahfiz berdaftar bagi mengelakkan kejadian sedemikian.

"Carilah maahaf tahfiz yang berdaftar. Tak pernah ustaz suruh pergi menjual. Kewajipan mereka belajar saja.

"Tak semua tahfiz macam tu. Jangan sebab sebuah tahfiz yang buat, anda nak babitkan semua tahfiz," tulis netizen.

Artikel Lain