KEHADIRAN sahabat baik menjadi antara momen yang paling bermakna pada hari bahagia
selain ahli keluarga, namun tidak semua impian menjadi kenyataan.
Itulah yang dialami seorang individu yang meluahkan rasa sedih apabila rakan-rakan rapat tidak dapat hadir ke majlis pertunangannya, meskipun undangan dibuat beberapa bulan lebih awal.
Menurutnya, dia cuba memahami komitmen rakan-rakan yang kini sudah berumah tangga dan sibuk dengan kehidupan masing-masing.
Kehadiran sahabat baik pada hari bahagia menjadi momen bermakna buat seseorang. -Gambar hiasan
Namun, jauh di sudut hati dia tidak dapat menafikan rasa terkilan dengan apa yang terjadi.
"Tak tahu kenapa saya rasa sedih apabila kawan baik tak dapat datang majlis tunang saya.
"Saya cuba untuk faham, masing-masing dah kahwin ada komitmen. Tinggal saya seorang je belum kahwin. Masa mereka tunang dan kahwin, saya selalu ada.
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin tak tenang nak nikah! BFF baru kematian abang ‘sentap’ tengok banyak posting pasal wedding, dituduh tak sensitif
ARTIKEL BERKAITAN: 43 tahun berkawan, BFF nazak dirahsiakan! Tahu-tahu dah meninggal, rakan lain beri alasan ‘jaga amanah’ arwah
"Saya tolong siapkan walaupun tiada pengalaman jadi bride assistant," tulisnya.
Tambah pengadu lagi, dia tidak berharap rakan-rakan rapatnya memberi sepenuh komitmen untuk majlisnya, sebaliknya sekadar menginginkan mereka meluangkan sedikit masa untuk hadir.
"Saya bukan mengharapkan bantuan mereka untuk majlis saya, cuma sedih apabila semua tak dapat datang. Saya dah inform empat, lima bulan awal.
"Saya bukan expect kawan-kawan ada 24 jam untuk majlis saya, saya cuma nak mereka datang hadir tengok saya tunang dan kahwin," luahnya lagi.
Seorang Wanita sedih apabila rakan-rakan baik tidak hadir ke majlis pertunangannya walaupun telah dijemput beberapa bulan awal.
Dia cuba memahami komitmen rakan-rakan yang sudah berumah tangga, namun tetap rasa terkilan.
Wanita itu sentiasa hadir membantu ketika majlis rakan-rakannya, jadi dia berharap mereka dapat luangkan masa untuk hari pentingnya.
Dia tidak meminta bantuan, hanya mahu kehadiran mereka sebagai tanda sokongan.
Netizen memahami kekecewaannya dan menasihati agar dia reda kerana setiap orang ada komitmen masing-masing.
Luahan tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya turut memahami rasa kecewa yang dialami individu berkenaan.
Ramai berkongsi pengalaman hampir sama, namun tidak kurang juga ada menasihatkan supaya dia tidak terlalu berkecil hati, kerana masing-masing mungkin berdepan komitmen yang tidak dapat dielakkan.
Ada warga maya yang turut berkongsi pengalaman serupa.
"Lagi sedih apabila alasan tak boleh cuti. Kalau dia sakit, anak sakit atau husband sakit ke kita faham je.
"Benda normal jika kamu yang terakhir berkahwin. Pernah rasa...reda je dan berdamai dengan takdir.
"Sampai masa untuk berhenti jadi pemberi. Bukan nak berkira tapi penat apabila kita selalu ada untuk orang lain," komen netizen.


