BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi meraih pujian ramai apabila tular sebuah video memaparkan dirinya menyantuni seorang peminat Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penuh mesra dan kasih. Menerusi perkongsian di Threads, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, dipercayai melayani peminat istimewa itu ketika berada di Singapore Expo baru-baru ini. Menurut kapsyen yang dikongsikan, momen tersebut menyentuh hati ramai yang menonton. Siti menerima pujian kerana menyantuni peminat OKU (kanan)."Siti melayan peminat istimewa di Singapore Expo. Comelnya mereka sebak pula tengok ni," katanya. Dalam video berkenaan, Siti dipercayai melayani peminatnya yang tidak boleh bertutur. Malah peminat tersebut sempat mencium Siti dan dibalas dengan senyuman Ketika diminta bergambar bersama. Tindakan spontan dan penuh empati itu nyata mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya terharu melihat layanan ikhlas diberikan oleh penyanyi kesayangan ramai itu.ARTIKEL BERKAITAN: Usah berbalah pilih lagu, Siti Nurhaliza beri bayangan anjur konsert rayaARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu puji Siti Nurhaliza berani bereksperimen, tak takut cuba benda baharu"Itulah rahsia di sebalik gelaran Biduanita. Selalu rendah diri dan cuba layan peminat yang mungkin kali pertama dapat berjumpa. Tak rugi apa pun bila jadi diri sendiri. "Kenapa kita sebak? Baiknya ya Allah figura seorang Siti Nurhaliza. Patutlah acik-acik pun sayang betul dengan beliau. "Sejujurnya saya kagum dengan Siti. Masih sama merendah diri dari dulu sampai sekarang," tulis netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube