NAMA pelakon Janna Nick menjadi sebutan netizen selepas aktres Zara Zya mendedahkan pernah diperlekehkan seorang artis wanita pada awal kemunculannya dalam industri seni.Menjelaskan perkara tersebut, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, menafikan individu yang digelar sebagai ‘J’ itu adalah Janna Nick seperti didakwa ramai. Menurut Zara, Janna sebenarnya muncul dalam industri selepas dia terlibat dalam industri seni dan mereka juga tidak mempunyai sebarang masalah antara satu sama lain.Kenyataan Zara sebelum ini menjadi perhatian ramai.“Tak, bukan dia. Janna keluar selepas saya. Kiranya dia orang baru selepas saya.“Dia bagus, tiada masalah dengan saya dan kami juga berkawan. Yang ‘J’ itu biarlah yang tahu saja tahu,” katanya kepada mStar.Dalam masa sama, Zara berkata pendedahan kisah tersebut dibuat sebagai pengajaran kepada pendatang baharu agar lebih bersedia serta bijak menjaga diri ketika berada dalam industri seni.ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘J’ hina Zara Zya sebab tak dikenali, diketawakan di lokasi penggambaranARTIKEL BERKAITAN: Rindu sahur zaman kecil, Zara Zya sedih keluarga dah berpecah - "Kami enam beranak sekarang saya dengan mama"“Saya sebenarnya nak buat Threads untuk orang-orang baru supaya mereka lebih bersedia, ada ilmu dan pandai jaga diri. Tapi saya kongsi satu cerita dahulu, yang lain mungkin selepas ini.“Sebab kadang-kadang kita sibuk, tulis saja dan tak tengok komen pun. Bila malam dan ada masa terluang barulah saya semak semula,” katanya.Berkongsi lanjut, Zara berkata kejadian itu berlaku ketika dia masih baharu dalam dunia lakonan dan belum dikenali ramai. Alhamdulillah, sekarang orang kenal Zara Zya.ZARA ZYAPELAKONMenurutnya, insiden tersebut berlaku ketika dia menjalani penggambaran di sebuah pusat beli-belah.“Ada orang bergambar dengan dia, saya pula berada tidak jauh daripada situ. Lepas dia bergambar, dia datang kepada saya dan ketawakan saya. "Dia cakap saya tak popular pun, siapa nak bergambar dengan saya,” ujarnya.Zara jadikan kata-kata sebagai pembakar semangat.Walaupun berasa pelik dengan situasi itu, Zara berkata kata-kata tersebut tidak mematahkan semangatnya, sebaliknya menjadi pembakar untuk terus berjaya dalam industri.“Dalam situasi itu saya rasa pelik. Nak kata sedih pun tidak sebab saya bukan orang yang ambil kisah sangat. Tapi dalam hati saya cakap, insya-Allah satu hari nanti orang akan tahu siapa saya.“Saya jenis orang yang serius dalam kerja dan akan buat betul-betul. Alhamdulillah, sekarang orang kenal Zara Zya,” katanya lagi.Antara komen yang ditinggalkan netizen.Dalam pada itu, Zara turut memaklumkan dia hanya pernah bekerjasama sekali sahaja dengan artis wanita berkenaan menerusi sebuah telefilem.Malah individu yang dimaksudkan juga kini sudah tidak lagi aktif dalam dunia seni.“‘J’ itu sudah tiada dalam industri sekarang. Selepas itu kami tidak pernah jumpa lagi. Kami hanya bertemu ketika penggambaran telefilem itu sahaja,” kongsinya.Sebelum ini, Zara berkongsi kisah dirinya diperlekeh artis wanita dikenali sebagai 'J' dan rata-rata netizen menyebut nama Janna Nick.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube