PELAKON Zara Zya mengimbau kembali kenangan pernah diperlekehkan seorang artis hanya kerana ketika itu namanya belum dikenali ketika awal kemunculannya dalam dunia seni. Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, berkata insiden tersebut masih segar dalam ingatannya walaupun sudah lama berlalu. Cerita Zara, artis wanita yang digelar sebagai ‘J’ itu pernah mengejeknya secara terbuka ketika mereka menjalani penggambaran sebuah telefilem di sebuah pusat beli-belah.Perkongsian Zara jadi perhatian.“Kadang-kadang otak kita ini nakal, tiba-tiba saja teringat kisah lama. Saya teringat satu kejadian masa saya masih belum dikenali, ketika itu saya shooting sebuah telemovie, tapi saya dah lupa tajuknya.“Pelakon itu perempuan, nama dia J. Waktu itu kami shooting di pusat beli-belah dan ada beberapa peminat datang nak bergambar dengan dia.“Yang tak normal dan menyedihkan, lepas itu dia datang dekat saya dan ketawakan saya depan tim shooting,” kongsinya dalam hantaran di Thread.ARTIKEL BERKAITAN: Bertemu atas urusan kerja, Zara Zya jawab hasrat bekas tunang Zarina Anjoulie mahu jadikan isteriARTIKEL BERKAITAN: [V] Zara Zya tak ‘goyang’ nampak makhluk halus, percaya manusia lebih muliaTambah Zara, artis berkenaan berulang kali mempersoalkan siapa dirinya selain memperlekehkan statusnya yang belum popular ketika itu.Jelasnya kejadian itu berulang kali selama beberapa hari sepanjang mereka berkerjasama untuk pembikinan telemovie berkenaan. “Dia ketawa sambil cakap, ‘Hahaha kau siapa? Orang tak kenal kau pun. Kau tak famous pun!’ Berkali-kali dia ulang ayat sama.“Saya hanya diam dan teruskan kerja. Saya hadap dia hampir tujuh hari. Macam-macam dia cakap dan hina saya. Memang masa itu orang tak kenal dan saya pun masih mentah dalam industri,” ujarnya.Zara harap orang ramai ambil pengajaran dari kisahnya.Berkongsi perasaannya, Zara mengakui kejadian itu membuatkan dia sedih, namun pengalaman tersebut menjadi pengajaran besar dalam hidupnya.Namun dia menjelaskan aktres berkenaan kini sudah tidak lagi aktif dalam industri seni.“Bila teringat, saya sedih tapi tak menangis. Sedih dia makan dalam. Tapi ia buat saya sentiasa beringat supaya jangan hina orang dan jangan pandang rendah pada sesiapa.“Kita tak tahu macam mana rezeki kita dan orang itu pada masa akan datang,” jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube