suria
mStar - Urban.Versatil

Mia Sara sudah hubungi Puteri Balqis, tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang… “Jumpa pun baru sekali, saya tak pernah buli dia atau ibunya”

Mia (kiri) tampil menjawab dakwaan membuli Puteri Balqis.

PELAKON Mia Sara Nasuha akhirnya tampil bersuara bagi menjawab kontroversi melibatkan namanya dengan aktres Puteri Balqis. 

Pelik dengan segala tuduhan yang dilemparkan, Mia, 21, memberitahu dia sudah menghubungi Puteri Balqis namun tidak menerima sebarang maklum balas sehingga hari ini. 

"Untuk pengetahuan semua, saya disekat oleh Puteri Balqis di semua platform media sosial. Saya tak faham kenapa dia meletup berkaitan isu lama tersebut. Dia pun cakap nak tutup kes ini dan move on. 

Mia berkongsi kenyataan di Instagram miliknya. 

"Dia sekat dan saya rasa dia dah tak nak ada kena mengena dengan saya. Jadi saya hormat perkara itu. Pihak saya dah hubungi, dia tidak beri apa-apa respons. Jadi saya tak tahu dia nak maaf,  berjumpa seperti dikatakan atau sengaja buat drama untuk buat nama saya buruk," katanya. 

Mia berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada awal pagi Rabu. 

Menurut Mia Sara, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Puteri Balqis termasuk beberapa individu yang menggunakan namanya sebagai kandungan di media sosial. 

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis tempelak Mia Sara, buka kisah lama keluarga dihina... “Kami diam bertahun-tahun” 

ARTIKEL BERKAITAN: Niat mahu ‘back up’ disalah tafsir, Mia Sara kagum bakat Puteri Balqis…. Dedah derita ‘anxiety’ teruk sampai cederakan diri

"Saya tidak akan teragak-agak ambil tindakan undang-undang terhadap Puteri Balqis. Ada banyak lagi komen dan semua saya telah screenshot. Saya akan ambil tindakan undang-undang. Tunggu masa sahaja. 

"Kepada Puteri Balqis, jika mahu berkenalan, kenapa tak call atau WhatsApp. Awak ada nombor saya," ujarnya.

Mia dalam masa sama menjelaskan kekeliruan yang berlaku apabila mendakwa dia pernah membuli Puteri Balqis ketika mereka masih kanak-kanak. 

Dia pun cakap nak tutup kes ini dan move on

MIA SARA NASUHA 

PELAKON 

Menurutnya mereka hanya bertemu sekali di sebuah lokasi penggambaran. 

"Saya hanya berjumpa dia sehari dan sekali saja seumur hidup. Selepas itu tidak pernah berhubung sejak umur tujuh tahun hingga 21 tahun. Saya tak pernah buli Puteri Balqis atau ibu dia. Tuduhan itu sangat berat terhadap saya.

"Seperti dikatakan mereka dikambing hitamkan sewaktu tujuh tahun sedangkan lamb chop pun saya tak tahu itu kambing atau lembu. Tentang aniaya, saya pun tak tahu, sekali lagi saya hanya jumpa sehari dan sekali sahaja," tegasnya.

Isu melibatkan Mia dan Puteri Balqis menjadi bualan hangat  di sosial media. 

Mia sekali lagi turut menjawab berkaitan hantaran yang dimuat naik sekitar tahun 2021 adalah untuk berkongsi pengalaman sendiri dan meluahkan rasa simpati terhadap Puteri Balqis. 

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila Puteri Balqis mendakwa dia menjadi mangsa buli yang dilakukan oleh Mia sehingga memberi kesan kepada keluarganya. 

Mia bagaimanapun mengambil pendekatan berdiam dan tidak membalas sebarang kenyataan di media sosial ketika isu tersebut sedang hangat diperkatakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain