PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza meminta peminat agar tidak menimbulkan perbalahan selepas dia tampil dengan lagu raya baharu berjudul Beraya Dengan Saya. Biarpun kini banyak lagu raya mula dilancarkan, bagi Siti atau Siti Nurhaliza Taruddin, 47, setiap pendengar ada pandangan tersendiri terhadap muzik pilihan mereka. "Peminat lagu raya baru pula nikmatilah kolaborasi saya dengan pencipta baru yang menyemarakkan industri seni negara. Perkongsian Siti di Threads. "Jangan berbalah, kita ambil giliran pilih lagu. Strim banyak-banyak. Sayang anda semua," katanya dalam satu hantaran di Threads. Biduanita Negara ini dalam masa turut mengucapkan penghargaan buat peminat yang masih menjadikan lagu-lagunya sebagai pilihan di hari raya. Lebih istimewa, karya-karya yang pernah dinyanyikan sebelum ini masih mendapat sambutan baik dan terus malar segar. ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Semoga Allah beri kesabaran, saya enggan ulas atau bidas sebab ustaz dah jelaskan" - Siti Nurhaliza jawab isu solat tanpa telekung ARTIKEL BERKAITAN: Lautan biru dan sorakan setia peminat dari seluruh rantau Asia, Siti Nurhaliza berdiri megah dengan tenaga luar biasa"Terima kasih peminat lagu raya saya, anda ada banyak pilihan lagu raya saya. "Saya memang perlukan anda sebab menjadikan lagu lama saya sentiasa evergreen, jgn move on," ujarnya. Siti rancang anjur konser menyanyikan lagu raya. Untuk info lagu Beraya Dengan Saya merupakan ciptaan Siti sendiri bersama komposer Iqie hugh dan Omar K. Siti juga memberi bayangan mahu menganjurkan konsert khas yang menampilkan semua lagu-lagu raya nyanyiannya. "Nanti kita buat konsert lagu raya. Rasa macam dah cukup kuota lagu," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube