suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MCMC buru lelaki pijak al-Quran! Giat cari pengendali akaun Facebook Dickie Borneo

Pemilik akaun Dickie Borneo sedang diburu SKMM.

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang giat mengesan pentadbir akaun Facebook Dickie Borneo yang dipercayai berkelakuan biadab dengan memijak al-Quran.

Menerusi kenyataan pada Rabu, MCMC menyatakan hantaran asal berkenaan sudah dipadam, selain akaun media sosial berkenaan tidak dapat dikesan.

Walau bagaimanapun, siasatan lanjut diteruskan susulan perbuatan tersebut bukan sahaja menghina agama Islam, malah berpotensi mencetuskan ketegangan serta menggugat keharmonian masyarakat.

"Hasil pemantauan lanjut, MCMC mengenal pasti beberapa hantaran lain yang mengandungi unsur penghinaan agama dipercayai melibatkan individu sama dalam sebuah kumpulan media sosial. 

ARTIKEL BERKAITAN: Padah komen jelik hina Pak Lah, lelaki dipenjara 10 bulan dan denda RM50,000

"Semua kandungan berkaitan telah dipelihara sebagai bahan bukti bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut," tambahnya sambil memaklumkan kerjasama mengesan pelaku dilakukan bersama pengendali platform dan pasukan polis.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan semula kandungan yang boleh mencetuskan ketegangan serta menjejaskan ketenteraman awam.

"MCMC tidak berkompromi terhadap sebarang kandungan yang menghina agama, menghasut kebencian atau menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja. 

"Tindakan tegas boleh dikenakan di bawah undang-undang sedia ada," tegasnya.

Artikel Lain