Sekitar majlis pelancaran kempen Pentas Raya Glam yang diadakan pada Khamis, 5 Mac lalu yang disempurnakan oleh Caryn (tengah) serta dihadiri barisan selebriti.
KETIKA rakyat Malaysia sedang membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, Watsons Malaysia membuka tirai musim perayaan dengan kempen terbaharunya, ‘Pentas Raya Glam’ yang berlangsung dari 3 hingga 30 Mac.Kempen tersebut menampilkan pelbagai promosi di kedai dan dalam talian, hadiah eksklusif serta filem jenama Watsons Raya 2026 yang penuh warna dan kreativiti, sekali gus mencerminkan personaliti jenama yang ceria dan dekat dengan keluarga di Malaysia. Menurut Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Operasi Health & Beauty Asia di AS Watson Group, Caryn Loh, pihaknya sentiasa berusaha menghasilkan kisah bermakna setiap kali musim perayaan."Melalui filem dan kempen tahun ini, kami berharap dapat menginspirasikan semua untuk meraikan perbezaan, menghargai ikatan kekeluargaan dan berkongsi rezeki dengan mereka di sekeliling kita," katanya. Kempen Pentas Raya Glam oleh Watsons meraikan gaya individu di samping mengekalkan ikatan kekeluargaan yang kukuh.Filem raya tahun ini mengisahkan keluarga Kak Long yang secara tidak dijangka memecah tradisi mereka memakai pakaian sedondon pada Aidilfitri. Mesej utama filem tersebut menekankan bahawa semangat sebenar hari raya terletak pada penerimaan perbezaan individu sambil mengekalkan hubungan kekeluargaan yang kukuh. Filem itu menampilkan ramai barisan pelakon termasuk duta Watsons, Ayda Jebat bersama personaliti terkenal Che Puan Sarimah Ibrahim, Fahrin Ahmad, Wani Kayrie, Sharifah Rose, Akhmal Nazri dan Lyssa Jean yang menyerikan penceritaan dengan persembahan penuh warna dan emosi.Filem Raya tersebut boleh ditonton di saluran rasmi Facebook, YouTube dan Instagram Watsons Malaysia.<>Inisiatif komunitiSelain meraikan musim perayaan dengan pelbagai promosi, Watsons Malaysia turut meneruskan komitmennya terhadap masyarakat melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan membawa kegembiraan dan harapan kepada golongan memerlukan. Menerusi Projek Baju Raya, Watsons Malaysia bersama 535 sukarelawan tempatan berjaya mengumpul lebih 17,000 helai baju raya baharu dan terpakai daripada orang ramai untuk diagihkan bersama produk penjagaan diri serta barangan keperluan kepada 32 rumah kebajikan di seluruh negara.Sebagai sebahagian daripada usaha tersebut, Watsons Malaysia turut meluangkan masa bersama penghuni Rumah Titian Kasih di Kuala Lumpur dengan menyumbangkan barangan penjagaan diri, keperluan harian, produk tambahan Watsons serta menyediakan pemeriksaan kesihatan asas, bengkel pendidikan kesihatan dan sesi berbuka puasa khas.Watsons Malaysia juga mengajak ahli Watsons Club menyumbangkan mata ganjaran mereka melalui aplikasi Watsons kepada Rumah Titian Kasih sebagai usaha membantu golongan yang memerlukan.Kata Caryn Loh, pihaknya percaya setiap individu berhak menikmati kehidupan yang lebih baik, sihat dan bahagia."Melalui sambutan dan keprihatinan, kami kekal komited untuk memberi impak positif kepada masyarakat, melangkaui perniagaan runcit," jelasnya.Promosi rayaBagi membantu pelanggan membuat persiapan menjelang Aidilfitri, Watsons Malaysia menawarkan diskaun 60 peratus untuk item kedua merangkumi pelbagai produk kosmetik, penjagaan diri, penjagaan kulit dan kesihatan. Promosi ini bertujuan memudahkan pelanggan mendapatkan keperluan sepanjang Ramadan serta memastikan mereka bersedia sepenuhnya menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hadiah eksklusifUntuk menjadikan perjalanan pulang berhari raya lebih istimewa, pelanggan juga berpeluang menerima hadiah percuma dengan pembelian seperti sampul raya, kotak tiffin, beg kembara boleh lipat dan pelbagai hadiah lain. Selain itu, sehingga 14 April, Watsons Malaysia turut menawarkan lebih 1.2 juta mata ganjaran Watsons Club setiap hari kepada ahli yang berbelanja minimum RM50 di kedai atau dalam talian menggunakan kad debit atau kredit VISA. Sokongan jenama tempatanDalam usaha menyokong usahawan tempatan, Watsons Malaysia meneruskan kempen 'Sapot Lokal' dengan mengetengahkan pilihan jenama M-Beauty tempatan merangkumi kosmetik, penjagaan kulit, rambut, badan dan kesihatan yang boleh didapati di semua stor Watsons di seluruh negara serta secara dalam talian.Sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut, pelanggan yang membeli jenama Malaysia akan menerima Bayu Somerset Raya Tote Bag percuma direka khas untuk Watsons dan tersedia secara eksklusif di stor Watsons serta dalam talian sementara stok masih ada.Watsons Malaysia juga menampilkan kolaborasi perayaan eksklusif termasuk Naturals by Watsons x Bunga dan Bintang Set Hadiah Raya yang menampilkan 14 rangkaian set hadiah bagi keperluan penjagaan badan dan rambut. Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan koleksi beg Machino x Watsons Limited Edition Hana Box yang direka khas untuk musim perayaan dan sesuai dijadikan hadiah atau dipadankan dengan gaya OOTD Raya. Dengan pilihan produk berkualiti pada harga berpatutan, eksklusif perayaan serta pelbagai inisiatif bermakna, Watsons Malaysia terus menginspirasikan rakyat Malaysia untuk ‘Look Good, Do Good, Feel Great’ dan meraikan musim perayaan dengan penuh gaya.Watsons Malaysia turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam serta berharap musim perayaan ini dipenuhi dengan kasih sayang, kemaafan dan kebersamaan.Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara menukar mata ganjaran anda kepada keberkatan sempena sambutan hari raya, layari http://www.watsons.com.my/points-donation.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen tersebut dengan melayari http://www.watsons.com.my atau memuat turun aplikasi mudah alih Watsons di Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.