suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah komen jelik hina Pak Lah, lelaki dipenjara 10 bulan dan denda RM50,000

Tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen 1 Miri pada Rabu.

SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara 10 bulan serta denda RM50,000 di Mahkamah Sesyen 1 Miri di Sarawak pada Rabu, susulan komen jelik melampau dan menyinggung sensitiviti agama Islam berhubung kematian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tertuduh John Mule anak Alai, 48, yang merupakan pentadbir akaun Facebook 'Bat Tuo Sai' didapati memuat naik komen bersifat mencerca serta menghina ayat suci al-Quran dan bekas Perdana Menteri kelima itu, pada hantaran Facebook Astro Awani.

Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] kerana menggunakan perkhidmatan aplikasi secara tidak wajar dengan memuat naik penghantaran komunikasi bersifat jelik melampau dengan niat untuk mengganggu mana-mana orang. 

Susulan keputusan mahkamah itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan pihaknya memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan platform digital yang menghina agama mahupun mencetuskan kebencian atau menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Orang ramai diingatkan supaya menggunakan media sosial secara berhemah, bertanggungjawab serta mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.

"Sebarang kandungan yang bersifat menghina, menghasut kebencian atau menyinggung sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja boleh dikenakan tindakan tegas di bawah undang-undang," jelasnya.

Artikel Lain