suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agong bayar zakat RM10 juta kepada MAINJ, angka sama tahun lalu

Sultan Ibrahim membuat pembayaran zakat berjumlah RM10 juta pada Rabu.

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun 2026.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi baginda pada Rabu.

Dalam hantaran tersebut, Seri Paduka Baginda menyerahkan cek zakat berkenaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Mohd Radzi Mohd Amin.

Penyerahan cek itu disaksikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad serta Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Md Ali di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor.

Tahun lalu, Sultan Ibrahim turut menunaikan bayaran zakat dengan jumlah sama iaitu RM10 juta kepada MAINJ.

Artikel Lain