BULAN Ramadan bukan sahaja menuntut perubahan daripada segi jadual makan tetapi turut memberi kesan kepada rutian harian termasuk penjagaan kulit wajah.Bagi sesetengah individu, perubahan ini boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan kusam sepanjang tempoh berpuasa. Keadaan tersebut lazimnya berlaku kerana beberapa faktor, antaranya kurang pengambilan air pada waktu siang, selain perubahan hormon serta rutin tidur yang berbeza berbanding hari biasa.ARTIKEL BERKAITAN: Rambut dah tak gugur, kulit kepala pun kurang gatal! Mudah jer rupanya buat tonik untuk ‘mahkota’ wanitaSelain itu, dehidrasi juga boleh menyebabkan lapisan pelindung kulit atau skin barrier menjadi lemah, sekali gus membuatkan kulit lebih mudah kelihatan tidak bermaya.Kulit yang kekurangan hidrasi biasanya menunjukkan beberapa tanda tertentu, antaranya:- Kulit terasa tegang selepas mencuci muka.- Solekan mudah merekah (crack).- Wajah kelihatan kusam dan letih.- Garis halus pada wajah kelihatan lebih jelas.Jika tidak diberi perhatian, keadaan ini boleh menjejaskan penampilan kulit sepanjang bulan Ramadan.Salah satu cara untuk mengelakkan kulit wajah kering adalah dengan menyapu pelembap. -Gambar hiasan AITidak mahu kulit menjadi kusam dan kering sepanjang Ramadan? Berikut beberapa tip penjagaan kulit yang boleh diamalkan supaya wajah kekal sihat dan berseri walaupun sedang berpuasa:1. Minum air secara berperingkat pada waktu malamRamai beranggapan pengambilan air yang banyak ketika sahur sudah mencukupi. Namun sebenarnya, kaedah tersebut kurang berkesan.Sebaliknya, minumlah air sedikit demi sedikit sepanjang waktu malam bagi membantu penyerapan yang lebih baik oleh tubuh.Walaupun disarankan mengambil kira-kira lapan gelas air sehari, ia sebaiknya dibahagikan kepada beberapa waktu seperti selepas berbuka, selepas solat tarawih dan ketika sahur.2. Gunakan pelembap secara konsistenKulit yang kekurangan air memerlukan penjagaan tambahan bagi mengekalkan kelembapan.Oleh itu, penggunaan pelembap (moisturizer) secara kerap amat digalakkan, terutama produk yang mengandungi bahan seperti hyaluronic acid atau ceramide yang membantu mengekalkan hidrasi kulit.3. Elakkan mencuci muka terlalu kerapWalaupun mencuci muka penting untuk menanggalkan kotoran dan minyak, melakukannya terlalu kerap boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering.Memadai mencuci muka menggunakan sabun pencuci yang sesuai sekali pada waktu petang selepas selesai aktiviti seharian, selain bilasan ringan jika perlu.