suria

Anak-anak asnaf di IPT diminta bantu keluarga lepas graduasi! Bukan terus kahwin, fokus jaga famili sendiri... Terus lupa mak ayah

Setiap anak wajar hargai jasa dan sumbangan ibu bapa mereka. -Gambar hiasan AI

HANTARAN seorang wanita mengenai sikap segelintir graduan kategori asnaf yang terus berkahwin dan menjadi suri rumah mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Wanita itu berpendapat, anak-anak golongan asnaf yang belajar di peringkat tinggi sepatutnya membantu keluarga keluar dari kesusahan.

"Tak salah jadi suri rumah selepas kahwin, tapi yang salah kalau anda tu asal keturunan asnaf dan mak ayah dah bergolok bergadai untuk tampung pengajian," luahnya di Thread.

Anak merupakan harapan ibu bapa. -Gambar hiasan AI

Anak merupakan harapan ibu bapa. -Gambar hiasan AI

Berkongsi perspektif peribadi, ujar wanita ini, anak-anak dari keluarga miskin sepatutnya turut diasuh untuk bercita-cita mengeluarkan keluarga dari kepompong kemiskinan.

Berasal dari keluarga miskin, dia menegaskan tidak bermaksud anak-anak menjadi pelan persaraan ibu ayah, sebaliknya satu bentuk penghargaan atas bantuan keluarga sepanjang tempoh pengajian.

"Kami dari keluarga miskin wajib bercita-cita mengeluarkan keluarga dari kemiskinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar MRSM sedih dikelilingi rakan dari keluarga kaya, 2 tahun belajar tanpa iPad! Kini ‘lompat’ ke T20, umur 19 tahun jana 9K sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tak kerja, cuma ada kereta buruk... Anak mahu batal niat bawa mak ayah ke majlis konvo lepas kira kos RM1,500

"Jadi yang bernasib baik kerana dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti harus membantu keluarga usai graduasi.

"Memang anak bukan retirement scheme mak ayah dan anak yang tua bukan juga ATM (mesin pengeluaran wang automatik) adik-adik.

  • Wanita nasihat asnaf berjaya masuk IPT bantu keluarga selepas tamat pengajian, bukan terus jadi suri rumah.
  • Dia harap anak dari keluarga miskin bercita-cita keluarkan keluarga dari kemiskinan.
  • Perkongsian lahir dari pengalaman membaca luahan suri rumah berpendidikan tinggi menyesal tak sempat balas jasa ibu bapa.
  • Anak bukan ‘retirement scheme’ ibu bapa, tetapi wajar hargai pengorbanan mereka.
  • Netizen setuju, galakkan bekerja selepas universiti dan bantu keluarga atau diri sendiri.

"Tapi kalau tengok kesesuaian, mak ayah dah cukup baik kerana sudi menyara makan minum selepas usia 18 tahun," tambahnya.

Menurut wanita ini lagi, dia terpanggil berkongsi pandangan selepas terbaca 'posting' luahan seorang suri rumah berpendidikan tinggi yang kesal kerana tidak sempat membalas jasa ibu bapanya. 

Menjengah ke ruangan komen, warga maya bersetuju dengan perspektif peribadinya.

Kebanyakan warga maya bersetuju dengan perpsektifnya.

Kebanyakan warga maya bersetuju dengan perpsektifnya.

"Ini yang selalu saya cakap pada pelajar saya... bekerja dulu lepas habis universiti, jika bukan untuk keluarga, buatlah untuk diri sendiri.

"Setuju, kecuali suami kaya raya dan nak bantu keluarga awak sekali... sekurang-kurangnya bantu adik-adik sambung belajar.

"Jangan harapkan anak nak sara apabila kita tua. Saya sendiri tak akan minta duit anak-anak apabila mereka dah dewasa sebab mereka tak minta dilahirkan pun," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain