Ada sebab tertentu iklan yang keluar di telefon sama seperti perkara yang dibualkan. -Gambar hiasan AI
MESTI anda pernah berasa pelik, baru sahaja terlintas atau menyebut tentang sesuatu perkara dengan kawan, tiba-tiba iklan berkaitan perkara itu terus terpampang dekat skrin telefon.Sebagai contoh, sebut sahaja tentang impian nak bercuti ke London, tidak lama kemudian muncul iklan tiket penerbangan. Selepas itu timbul pula promosi hotel, diikuti dengan pakej pelancongan bajet.Situasi seram sejuk ini sering kali membuatkan ramai antara kita berasa seolah-olah telefon pintar sedang 'mendengar' dan mengintip setiap butir perbualan harian.Namun menurut penjelasan teknikal, keadaan ini bukanlah disebabkan telefon merakam semua perbualan pengguna sepanjang masa.Ada kaedah untuk mengelak telefon 'mendengar' perbualan kita. -Gambar hiasan AISebaliknya, fenomena ini berlaku hasil gabungan pintar beberapa faktor data serta sistem algoritma pengiklanan digital yang cukup licik, antaranya termasuklah:1. Akses mikrofon pada aplikasi tertentu- Sesetengah aplikasi mempunyai kebenaran menggunakan mikrofon, walaupun tidak semuanya benar-benar memerlukannya.2. Interaksi dengan pembantu suara- Voice assistant seperti Siri atau Google Assistant boleh menyimpan sebahagian interaksi suara bagi tujuan penambahbaikan.3. Jejak lokasi pengguna - Sejarah lokasi membantu sistem memahami tempat yang sering dikunjungi pengguna.4. Penjejakan aktiviti rentas aplikasi - Data penggunaan merentas aplikasi digunakan untuk membina corak tingkah laku digital.5. Personalisasi iklan- Sistem pengiklanan membina profil minat berdasarkan carian, klik, dan aktiviti dalam talian.Gabungan semua elemen ini menyebabkan iklan yang dipaparkan kelihatan terlalu tepat dan 'mengikut' kehidupan pengguna.Hakikatnya, ia bukan kebetulan atau kebolehan luar biasa telefon, tetapi hasil sistem pengumpulan dan analisis data yang sangat terperinci.Cara kurangkan iklan yang terlalu 'mengikut' andaPengguna khususnya iPhone sebenarnya boleh mengurangkan tahap penjejakan ini dengan menukar beberapa tetapan penting pada telefon.1. Hadkan akses mikrofon- Settings → Privacy & Security → Microphone- Tutup akses untuk aplikasi yang tidak perlu.2. Matikan penjejakan aplikasi- Settings → Privacy & Security → Tracking- Matikan “Allow Apps to Request to Track”.3. Hentikan sejarah lokasi- Settings → Privacy & Security → Location Services → System Services → Significant Locations- Matikan dan padam sejarah.4. Tutup iklan - Settings → Privacy & Security → Apple Advertising- Matikan Personalized Ads.5. Semak aktiviti suara dan pembantu digital- Settings → Privacy & Security → Analytics & Improvements- Matikan “Improve Siri & Dictation”.