RAMAI waris berdepan situasi mengelirukan apabila pemilik kenderaan meninggal dunia, namun tidak pasti kaedah untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan yang sudah hampir tamat tempoh.Lebih membingungkan, ada menyangka cukai jalan boleh diperbaharui seperti biasa walaupun kenderaan itu masih didaftarkan atas nama arwah. Menurut perkongsian seorang perunding insurans, Farhan Mazlan terdapat beberapa langkah penting perlu dilakukan oleh waris sebelum urusanitu boleh dibuat secara sah.Beberapa dokumen perlu disediakan bagi urusan pertukaran hak milik. -Gambar hiasan AIPerkara pertama yang perlu difahami ialah kenderaan milik individu yang telah meninggal dunia merupakan sebahagian daripada harta pusaka.Ini bermakna waris tidak boleh terus menjual, memindahkan hak milik atau memperbaharui urusan tertentu tanpa dokumen yang sah.Langkah awal yang perlu dilakukan ialah mendapatkan sijil kematian pemilik kenderaan.Dokumen tersebut akan digunakan dalam pelbagai urusan berkaitan harta pusaka termasuk proses pertukaran hak milik kenderaan.Kenal pasti waris yang berhakSeterusnya, waris perlu mendapatkan dokumen pengesahan pusaka bagi menentukan individu yang sah untuk menguruskan aset tersebut.Antara dokumen yang lazim diperlukan ialah:- Surat kuasa mentadbir- Perintah faraid- Geran probet (jika arwah meninggalkan wasiat)Dokumen-dokumen ini penting bagi membuktikan siapa yang mempunyai hak untuk menguruskan kenderaan berkenaan.Tukar hak milik di JPJSelepas urusan pusaka selesai, waris boleh memohon pertukaran hak milik di pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Antara dokumen yang biasanya diperlukan termasuk:- Geran asal kenderaan- Sijil kematian pemilik- Kad pengenalan waris- Dokumen pengesahan pusakaInsurans perlu dibuat atas nama pemilik baharuSelepas pertukaran nama berjaya dilakukan, barulah polisi insurans boleh dikeluarkan atas nama waris yang menjadi pemilik baharu kenderaan tersebut.Maklumat pemilik dalam polisi insurans perlu sepadan dengan rekod yang terdapat dalam sistem JPJ.Setelah insurans aktif dan hak milik berjaya dipindahkan, cukai jalan boleh diperbaharui mengikut prosedur biasa.Situasi ramai tidak tahuMenurut perkongsian itu lagi, terdapat keadaan di mana cukai jalan telah tamat tempoh sedangkan proses tuntutan pusaka masih belum selesai.Dalam situasi tertentu, ada syarikat insurans yang boleh membantu mengeluarkan perlindungan sementara atau cover note tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.Bagaimanapun, prosedur tersebut berbeza mengikut syarikat dan kes masing-masing.Justeru, waris disarankan supaya tidak menangguhkan urusan pusaka terlalu lama kerana kelewatan boleh menyukarkan proses pengurusan kenderaan pada masa akan datang.Lebih cepat dokumen pusaka diselesaikan, lebih mudah urusan pertukaran hak milik, insurans dan pembaharuan roadtax dilakukan.