SIKAP segelintir penonton yang tidak menjaga adab dan tingkah laku ketika menonton filem di pawagam menarik perhatian pelakon Mimi Lana.Tampil memberikan teguran secara terbuka, Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 31, berkata perbuatan mereka itu boleh menganggu penonton lain yang membayar tiket untuk menikmati filem dengan tenang. "Nak tanya korang yang pergi tengok movie lepas tu berborak kuat-kuat tu, korang borak fasal apa ya? "Lepas tu yang letak kaki dekat seat depan, korang tu penat sangat dengan kehidupan?" katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Threads pada Jumaat. Dalam pada itu, pelakon filem Polong itu berkata sikap tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mengganggu tumpuan penonton lain, malah menyebabkan mereka berasa rugi kerana tidak dapat memberikan fokus menonton filem berkenaan."Kasihan orang lain yang bayar tiket nak tengok wayang, nak faham, nak fokus, nak enjoy terus terganggu dan rugi duit yang mereka bayar untuk menonton filem.Mimi memberi teguran kepada penonton yang menonton filem di pawagam."Gunalah akal yang waras dan jangan bersikap pentingkan diri sendiri," ujarnya. Sementara itu, rata-rata netizen turut menyokong pandangan Mimi dan berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika menonton filem di pawagam."Paling serabut tengok movie eh dia (penonton lain) sibuk bercerita. Sibuk tanya apa jadi dalam movie tu. Tengok sajalah jangan bising boleh tak?"Lagi-lagi yang bawa anak kecil tolonglah jaga anak tu jangan bagi sepak-sepak kerusi kami, pening kepala tau asyik bergegar kerusi," tulis netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Melampau label filem ‘sampah’, Mimi Lana ajak berbincang… Tidak semua dapat impak samaARTIKEL BERKAITAN: “Dia paling bertuah” - Mimi Lana kongsi kemanisan bergelar isteri, Syafiq Kyle banyak berubah selepas nikahJadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!