suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara iklan promosi ‘kegemaran M. Nasir’, MyTeksi disaman lebih RM5 juta

M. Nasir kemukakan saman sebanyak RM5 juta.

PENYANYI Datuk M. Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman terhadap syarikat MyTeksi Sdn Bhd yang lebih dikenali sebagai Grab.

Tindakan itu diambil selepas syarikat penyedia perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran itu didakwa menggunakan nama serta jenama maestro muzik itu tanpa sebarang kebenaran bagi tujuan promosi komersial di platform media sosial mereka.

Saman berkenaan telah difailkan oleh M. Nasir menerusi firma guaman Tetuan Zulpadli & Edham di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 April lalu.

M. Nasir dakwa namanya diguna tanpa kebenaran. 

Berdasarkan dokumen writ saman, pihak plaintif mendakwa Grab telah memuat naik satu hantaran iklan promosi minuman kopi di akaun Instagram rasmi mereka dengan menggunakan label 'Kegemaran M. Nasir'.

Iklan yang dimuat naik pada 23 April tahun lalu menerusi akaun @grabmy dan @grabfoodmy itu memaparkan secawan dan setin kopi berlabel ‘GrabFood’ serta ‘GrabMart’ untuk melariskan produk dan perkhidmatan komersial mereka.

"Di samping iklan itu, kapsyen digunakan adalah 'Kopi-kopi kegemaran M Nasir' diikuti dengan frasa 'Dua-dua pun Grab ada' yang secara langsung merujuk kepada M. Nasir serta memberi gambaran bahawa produk atau perkhidmatan tersebut mempunyai kaitan dengan beliau," menurut pernyataan tuntutan tersebut.

Pihak M. Nasir menegaskan eksploitasi nama tanpa izin itu bukan sahaja mengelirukan orang awam, malah  menjejaskan nama baik serta reputasinya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ditawar berlakon filem komedi, M. Nasir tengok jalan cerita sebelum setuju

ARTIKEL BERKAITAN: M Nasir kagumi karya klasik, rakam semula lagu Melayu pertama untuk projek ‘100 Lagu 100 Tahun’

Pihak plaintif mendakwa tindakan syarikat gergasi itu jelas berniat untuk meraih keuntungan dan manfaat secara percuma melalui nama M. Nasir tanpa pengetahuan.

Ekoran tindakan itu, M. Nasir dan Luncai Emas menuntut ganti rugi teladan sebanyak RM3 juta, ganti rugi teruk bernilai RM2 juta, ganti rugi am, faedah serta kos mahkamah.

Selain tuntutan wang ringgit berjumlah RM5 juta tersebut, pihak plaintif turut memohon perintah injunksi bagi menghalang Grab atau ejennya daripada terus menggunakan nama 'M. Nasir'.

Mereka juga menuntut mahkamah mengeluarkan perintah agar pihak defendan mengemukakan penyata keuntungan yang diperoleh hasil daripada penjualan minuman kopi yang diiklankan menggunakan nama berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain