suria

Mak tolak hasrat anak perempuan taja tunai umrah... Rupanya ada agenda lain, suruh guna bajet RM30,000 bayar hutang abang!

Setiap anak ingin berbakti kepada ibu bapa. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila hasratnya untuk menaja ibu bapa menunaikan umrah 'terbantut' dek kerana mereka mempunyai rancangan lain.

"Aku suarakan hasrat hati nak sponsor mak ayah pergi umrah, total hangus sekitar RM30,000.

"Tiba-tiba mak aku cakap macam ni... duit tu tolonglah abang kau bayar hutang-hutang dia, kesian mak tengok," luahnya di Thread.

Anak merupakan harapan ibu bapa. -Gambar hiasan AI

Anak merupakan harapan ibu bapa. -Gambar hiasan AI

Mengakui terkejut dengan kata-kata ibunya, wanita ini kemudiannya menyatakan keengganan untuk membantu.

Malah dia turut mempertikaikan tujuan abangnya berhutang yang pada anggapannya tidak berkaitan dengan ahli keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buntu jumpa surat ah long dalam rumah, sepupu buat hutang RM4,000! Makin terkejut lepas periksa telefon, ada akaun DS!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berang kakak ipar ‘bising’ abang nak tolong bayar hutang, anggap jumlah kecil - “Setakat BNPL aku RM9,000 tu celah gigi je”

"Aku pun balas... masa dia berhutang, dia enjoy seorang diri je duit tu, tiba-tiba apabila tak boleh bayar, kenapa saya kena tolong?

"Disebabkan jawapan tu, mak aku sentap dan tak mahu pergi umrah," ujarnya kesal dengan sikap tidak bertimbang rasa ibunya.

  • Wanita kecewa hasrat menaja ibu bapa pergi umrah terbantut kerana diminta melangsaikan hutang abangnya.
  • Ibunya mahu RM30,000 itu digunakan untuk membantu abang, tetapi wanita itu enggan kerana hutang tersebut tiada kaitan dengan keluarga.
  • Pertengkaran berlaku sehingga ibunya merajuk dan menolak untuk pergi umrah.
  • Bapanya tetap nekad meneruskan perjalanan umrah walaupun isteri enggan ikut.
  • Netizen sokong wanita itu, anggap permintaan ibu tidak wajar dan abang perlu bertanggungjawab atas hutangnya sendiri.

Meskipun kecewa dengan masalah yang berlaku, namun dia menzahirkan rasa syukur apabila bapanya tetap meneruskan hajat.

Malah kata wanita ini, bapanya juga nekad untuk menunaikan umrah walaupun ibunya tidak turut serta.

Warga maya memberi cadangan kepadanya.

Warga maya memberi cadangan kepadanya.

Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ramai yang meminta dia mengabaikan permintaan ibunya yang disifatkan agak keterlaluan.

"Bagus, abah jalan terus... abang awak tu sepatutnya bertanggungjawab dengan apa yang dia buat.

"Hantar je ayah kau tu, mak biar dia mengenang hutang abang kau.

"Jangan disebabkan mak kau sentap, ayah kau tanggung kerugian," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain