SEORANG wanita meluahkan rasa sebak apabila bapanya yang terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) meminta diajar cara menjana pendapatan melalui kaedah affiliate.Berkongsi cerita, dia berkata hampir sebulan bapanya dirawat di ICU sebuah hospital swasta dengan jumlah mencecah ratusan ribu ringgit. "Sepuluh hari pertama ayah terpaksa masuk hospital swasta sebab tak ada pilihan dan bil mencecah RM150,000.Kos perubatan sering menjadi kebimbangan ahli keluarga. -Gambar hiasan AI"Takaful hanya tanggung sehingga RM100,000 dan selebihnya mak usahakan sendiri," luahnya di Thread.Menurut wanita ini, bapanya kini telah dipindahkan ke ICU hospital kerajaan dan mulai sedar.Namun sejurus sedar, bapanya tidak dapat berehat seperti yang sepatutnya meskipun masih dalam keadaan kritikal.Lebih menambah rasa pilu apabila bapanya meminta dia mengajar cara untuk membuat affiliate kerana ingin menampung bil hospital.ARTIKEL BERKAITAN: “Bapa awak sakit je kan? Bukan meninggal?” - Murid diherdik lambat bayar yuran, malu sampai sukar maafkan guruARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tiada kerja tetap rasa terhina, kena ‘block’ gadis lepas mengaku jaga ayah sakit sepenuh masa - “Saya sangat insecure”"Sebak rasa dada ni sebab ayah minta ajarkan cara buat affiliate, nak cari pendapatan," tambahnya sayu.Affiliate ialah individu atau ejen yang mempromosikan produk atau perkhidmatan pihak lain secara dalam talian melalui pautan (link) unik.Individu terbabit akan mendapat komisen apabila berlakunya transaksi jualan atau tindakan seperti pendaftaran atau klik melalui pautan tersebut tanpa perlu menyimpan stok barang jualan.Wanita sebak bila ayah di ICU minta diajar buat affiliate untuk cari pendapatan.Ayah hampir sebulan di ICU swasta, bil cecah RM150,000, takaful hanya cover RM100,000.Sudah dipindah ke ICU hospital kerajaan tetapi masih kritikal dan tak dapat berehat.Ayah risau tentang bil hospital dan gaji pekerja, pertama kali meminta bantuan anak.Netizen tersentuh, doakan kesembuhan dan mahu beri sokongan kepada keluarga itu.Ringkasan ini dijana oleh AIIa adalah strategi pemasaran digital untuk menjana pendapatan pasif.Mendedahkan punca permintaan tersebut, ujar pengadu bapanya hanya fikirkan mengenai cara untuk langsaikan segala tunggakan bil dan gaji pekerja."Itu pertama kali ayah minta bantuan saya, dia sentiasa mendahulukan orang lain, selalu tolong orang."Saya sedih sebab tak banyak yang boleh bantu, adik-beradik semua belum settle down... masih belajar.Warga maya tampil memberi sokongan padanya."Ayah tidak dibenarkan keluar dari hospital dalam masa terdekat, jadi itulah cara untuk membantunya," tambahnya yang turut buntu mengenangkan situasi dialami keluarganya.Perkongsiannya itu mengundang simpati ramai yang memuji kecekalan keluarga tersebut dan mendoakan kesembuhan bapa wanita berkenaan."Semoga ayah awak diberikan kesihatan seperti sedia kala."Done follow awak, nanti share link... insyaAllah kami boleh support."Semoga dipermudahkan urusan awak sekeluarga," demikian reaksi netizen.