suria

Lelaki tiada kerja tetap rasa terhina, kena ‘block’ gadis lepas mengaku jaga ayah sakit sepenuh masa - “Saya sangat insecure”

Ramain individu mengetepikan kepentingan sendiri demi berbakti kepada orang tua. -Gambar hiasan

DALAM sesebuah hubungan, kejujuran dianggap sebagai salah satu asas penting untuk menjamin kebahagiaan.

Namun tidak bagi lelaki ini apabila kejujurannya berakhir dengan kekecewaan apabila wanita yang dikenalinya memilih untuk berundur apabila mengetahui perkara sebenar.

Menerusi satu luahan di laman sosial, lelaki berkenaan berkata dia memilih untuk berterus terang mengenai statusnya yang belum mempunyai kerja tetap lantaran terpaksa mengutamakan tanggungjawab menjaga bapanya.

Setiap individu mempunyai kriteria tertentu dalam memilih jodoh. -Gambar hiasan

"Saya baru kenal seseorang ni, dan saya beritahu tak ada lagi permanent job sebab sekarang keadaan ayah yang tak okay lagi dan memerlukan pemantauan yang rapi.

"Lepas tu saya kena blocked?" luahnya.

Menurut lelaki berkenaan yang kini mencari rezeki sebagai tutor sambilan, dia sebenarnya mendapat tawaran pekerjaan namun mengambil keputusan untuk tidak menerimanya lantaran memikirkan kesihatan bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ‘acah’ risau nak kahwin, dakwa ramai perempuan galak di akaun DS - “Nak jumpa orang baik, tindakan kena seiring”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak puas hati kawan wajah ‘biasa-biasa’ cepat dapat jodoh... Kecewa diri sendiri hanya jumpa lelaki otak kuning, biawak hidup!

Mengakui apa yang berlaku sedikit sebanyak membuatkan dia rendah diri, namun pemuda berkenaan sedar tidak semua orang mampu memahami situasi dihadapinya.

"Kadang-kadang tak boleh control emosi apabila dapat orang macam tu. Saya tahu saya di mana sekarang.

"Kerja pun tak ada, apatah lagi kewangan yang stabil. Sebab itu selalu sangat rasa insecure dengan semua benda. 

"Hina ke orang lelaki yang tak ada kerja tetap lagi sebab kena jaga ayah sakit?" luahnya lagi.

Perempuan boleh dicari dan ganti. Ayah seorang je kekal abadi.

NETIZEN

Perkongsian lelaki berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya memuji kesanggupan lelaki itu mengutamakan keluarga di saat ramai yang memilih untuk mendahulukan kerjaya.

Malah ada yang mendoakan agar dia dipertemukan dengan wanita sesuai pada masa depan.

Sebahagian daripada komen netizen.

"Selagi mampu, jagalah dulu ayah. Insya-Allah nanti dikirimkan jodoh yang baik-baik.

"Perempuan boleh dicari dan ganti. Ayah seorang je kekal abadi.

"Allah buka ruang untuk kumpul pahala jaga orang tua… investment untuk akhirat. Itu satu rezeki yang orang lain belum tentu dapat. Doa yang baik-baik untuk diri sendiri," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain