suria

Baru kenal 2 bulan, pengasuh minta izin bawa anak kecil balik kampung... Ibu berat hati tapi takut nak tolak

Dikurniakan pengasuh yang baik merupakan satu rezeki. -Gambar hiasan

MUNGKIN bagi sesetengah orang, membenarkan pengasuh membawa anak keluar sebentar misalnya ke kedai, taman permainan atau sekadar berjalan-jalan bukanlah satu isu besar. 

Namun bagi segelintir ibu, permintaan seperti itu boleh menjadi satu dilema, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan jarak jauh dan tempoh yang panjang.

Itulah yang sedang dialami seorang ibu apabila pengasuh anaknya secara tiba-tiba menyuarakan hasrat untuk membawa anak kecilnya pulang ke kampung.

Ramai ibu bapa menghantar anak kepada pengasuh kerana tuntutan kerja. -Gambar hiasan

"Semalam saya pick-up anak dari rumah pengasuh. Waktu nak balik tu, pengasuh cakap... Aida, nanti bila-bila akak nak bawa anak pergi jalan-jalan boleh?

"Saya jawab... ohh bila tu, nak ke mana?. Pengasuh kata... nak bawa balik kampung. Saja nak bawa dia. Kampung di Pulau Pinang," tulisnya dalam hantaran tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh 'redflag'! Anak berak pun mengadu, susu dibekal tak luak... Paling risau si kecil menangis macam fobia

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dalam pantang lega dapat pengasuh luar biasa rajin! Bukan setakat baju, selipar anak pun dibasuh... Siap tawar diri kerja hujung minggu

Menurut wanita tersebut selain anak kecilnya, pengasuh berkenaan berkata dia akan membawa seorang lagi anak asuhannya yang berusia tiga tahun.

"Katanya sebab dua-dua ni behave, boleh dengar cakap. Sambil suami dia mencelah... bolehlah korang (ibu bapa) pergi dating," ujarnya.

Mengakui tidak pandai untuk menolak apatah lagi diajukan permintaan sedemikian secara mengejut, wanita tersebut berkata dia spontan memberikan jawapan 'selamat'.

Pengasuh ni tak ada anak dan anak saya bersama mereka sejak April lalu.

PENGADU

Bagaimanapun ujarnya, timbul rasa ragu-ragu di sudut hati mengenangkan perihal keselamatan anak kecilnya berada di bawah pengasuh untuk tempoh lama daripada kebiasaan.

"Untuk pengetahuan, pengasuh ni tak ada anak dan anak saya bersama mereka sejak April lalu.

"Jadi sekarang ni, apa korang akan jawab kalau tiba-tiba pengasuh anak korang cakap macam ni? Korang izinkan ke tidak? Kalau tidak, apa ayat yang sesuai untuk jawab?" tulisnya meminta pandangan warga maya.

Sebahagian daripada komen netizen.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyarankan agar wanita itu menolak permintaan pengasuh tersebut, dengan alasan utama melibatkan keselamatan anak kecil yang masih terlalu mentah untuk berada jauh daripada ibu bapa.

Mereka berpendapat, biarpun pengasuh berkenaan berniat baik serta ikhlas, namun dalam hal melibatkan anak kecil, ibu bapa tidak perlu berasa bersalah untuk menetapkan batas, lebih-lebih lagi apabila membabitkan perjalanan jauh dan tempoh masa yang panjang.

Artikel Lain