suria

Jururawat ED hospital sindir ibu guna pelekat batuk rawat anak, perlekeh produk viral - “Iron Man ni, tengah cas bateri”

Kesihatan anak-anak adalah keutamaan ibu bapa. -Gambar hiasan AI

IBU bapa pasti dirundung rasa resah dan gelisah apabila melihat anak yang aktif, tiba-tiba jatuh sakit.

Apa sahaja ikhtiar rawatan akan dicuba bagi memastikan si cilik kembali sihat dan ceria.

Melakukan perkara sama, seorang wanita menampal pelekat batuk pada anaknya yang mengalami gejala berkenaan bagi mengelakkan masalah kesihatan berlarutan.

Perkhidmatan di hospital kerajaan adalah yang terbaik. -Gambar hiasan

Perkhidmatan di hospital kerajaan adalah yang terbaik. -Gambar hiasan

Tambahan pula banyak testimoni di platform jual beli dalam talian  menyatakan penggunaan produk tersebut berkesan sehingga tular di media sosial.

Bagaimanapun semasa mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan (ED) sebuah hospital kerajaan, dia mendakwa disindir salah seorang petugas di lapangan.

"Kena perli dengan staf ED hospital kerajaan sebab aku tampal cough patch pada dada anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat KK mulut lancang, sindir bapa bawa bayi 8 bulan buat pemeriksaan kesihatan - “Dik, mak awak dah tak sayang awak”

ARTIKEL BERKAITAN: Garangnya jururawat! Pesakit terlepas jawab ‘call’, datang klinik kena ‘sound’ - “Bertahun guna buku manual, tak ada sistem-sistem ni”

"Cara cakap tu macam perlekeh aku pada staf lain... terpengaruh dengan benda viral ni menjadi ke? Iron Man ni, tengah cas bateri," luahnya menerusi hantaran di media sosial.

Bagi wanita ini, nada percakapan yang dituturkan petugas terbabit menyakitkan hati kerana niatnya hanya untuk menyembuhkan anak yang sedang sakit.

Anak saya pernah masuk hospital tahun lepas dan doktor sendiri cadangkan supaya tampal pelekat batuk ni sebagai usaha.

WARGA MAYA

Malah dakwanya, ramai ibu bapa masa kini menggunakan pelekat batuk berkenaan sebagai salah satu ikhtiar untuk mengurangkan gejala dialami.

"Tak tahu dia noob atau tak pernah nampak orang guna cough patch seumur hidup.

"Tapi tak perlulah perlekehkan usaha ibu bapa yang nak ikhtiar untuk sembuhkan sakit anak dia," tambahnya geram.

Warga maya turut meluahkan rasa geram dengan sikap petugas ED berkenaan.

Warga maya turut meluahkan rasa geram dengan sikap petugas ED berkenaan.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Ada yang tampil membandingkan cara rawatan hospital kerajaan dan swasta yang lebih open minded dalam penggunaan produk kesihatan terkini.

"ED mana tu? Saya yang bekas staff nurse ED pun guna produk tu semasa anak-anak kecil sebab diri sendiri tak mahu bawa anak ke sana.

"Saya bukanlah pakar tapi saya dah rawat ramai pesakit di klinik saya sendiri, memang saya amalkan penggunaan pelekat batuk pada kanak-kanak sebab ia sangat membantu mereka.

"Anak saya pernah masuk hospital tahun lepas dan doktor sendiri cadangkan supaya tampal pelekat batuk ni sebagai usaha.

"Beberapa kali saya pergi klinik swasta, memang doktor bagi pelekat ni," demikian reaksi warga maya.

Artikel Lain