SEORANG isteri meluahkan rasa tidak selesa apabila terpaksa menyewa di sebuah rumah yang turut dihuni rakan lelaki suaminya.Menurut wanita itu menerusi satu luahan di media sosial, suaminya bekerja pada waktu siang dan meninggalkan dia serta anak mereka di rumah bersama rakan serumah berkenaan. Kata pengadu, keadaan tersebut memaksa dia berkurung di dalam bilik kerana kurang selesa berada di ruang kediaman ketika lelaki itu ada di rumah.Memiliki rumah idaman adalah impian setiap pasangan suami isteri. -Gambar hiasan AI"Ketika suami pergi kerja memang aku dan anak duduk terperap je dalam bilik sebab kawan dia ada. Kawannya lagi suka duduk melepak kat ruang tamu je apabila ada kat rumah."Aku keluar ke dapur dan ke tandas apabila kawan dia dah keluar pergi kerja," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sedih baru setahun kahwin bakal jadi janda... Suami enggan pindah dari rumah ibu, rela pilih ceraiARTIKEL BERKAITAN: Isteri menyesal balik kampung awal bulan, famili 'paw' suami sampai sengkek - "Mentua ambil ketam baru beli, suruh bawa balik stok lama"Wanita itu berkata dia ada meluahkan rasa tidak selesa dan berhasrat berpindah kepada suaminya, namun cadangan itu ditolak."Keluar air mata, aku cakap sampai bila kita nak duduk sini? Tak selesa, tak ada kebebasan. Dia jawab sampai tujuh tahun lepas habis bayar kereta."Dia kata lagi, duduk macam ni okey la sebab sewa rumah dah bayar separuh dengan kawan... RM600 sebulan, seorang."Aku pun cakap nanti jiran buat aduan macam mana? Dia jawab tak apa mereka kenal abang ni siapa," katanya. Wanita tidak selesa tinggal bersama suami dan rakan serumah lelaki.Dia dan anak terpaksa berkurung dalam bilik ketika lelaki itu ada di rumah.Suami menolak cadangan berpindah kerana mahu jimat sewa.Keluarganya bimbang keselamatan dan privasi mereka.Netizen menasihati wanita itu keluar demi keselamatan dan elak fitnah.Ringkasan ini dijana oleh AITambahnya, keluarga turut menegur dan bimbang dengan situasi itu kerana dikhuatiri boleh mendatangkan risiko yang tidak diingini.Wanita itu berkata dia pernah mencadangkan untuk menyewa flat murah demi keselamatan dan privasi, namun suaminya menolak kerana lebih memilih rumah teres atas faktor ruang parkir kereta."Sampai aku rasa nak hubungi jabatan agama buat aduan, tapi waktu tu biar aku tak ada kat rumah, nak kawannya je ada waktu jabatan agama datang serbu," katanya.Sementara itu, netizen meluahkan rasa kecewa dengan sikap suami wanita berkenaan yang tidak memikirkan kesan buruk yang boleh berlaku terhadap isteri dan anaknya."Bahaya awak duduk dengan orang luar, macam-macam boleh jadi. Kenapa suami awak tak fikir panjang?"Awak boleh keluar dari rumah tu atas alasan keselamatan dan menjaga kehormatan seorang perempuan, takut jadi fitnah," komen netizen.