suria

“Bagi dia tinggal spender!” - Wanita sokong ipar tuntut nafkah habis-habisan, geram adik sendiri kaki curang

Seorang kakak sepatutnya menegur sikap tidak baik adiknya. -Gambar hiasan AI

KONFLIK antara ipar duai bukan perkara baharu, malah ramai mengakui hubungan kekeluargaan boleh menjadi tegang apabila melibatkan hal rumah tangga sesama adik-beradik. 

Situasi sama dikongsikan pengguna media sosial ini.

Namun bezanya, dia memilih untuk berpihak pada adik iparnya yang menjadi mangsa curang.

Keluarga bahagia merupakan impian setiap orang. -Gambar hiasan AI

Keluarga bahagia merupakan impian setiap orang. -Gambar hiasan AI

"Dulu adik aku pernah buat hal dengan isteri dia sampai dah depan mahkamah syariah. Aku sebagai kakak ipar, mestilah tak akan back-up adik yang salah.

"Jadi aku cakap pada adik ipar... kalau kau rasa tak boleh tahan, kau proceed je cerai. Tapi pastikan adik akak bagi nafkah, bagi dia tinggal spender," ujarnya di Thread.

Menurut wanita ini, tindakannya itu membuatkan dia dibenci adiknya untuk sementara waktu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berang kakak ipar ‘bising’ abang nak tolong bayar hutang, anggap jumlah kecil - “Setakat BNPL aku RM9,000 tu celah gigi je”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rindu kakak ipar, teringat ‘air tangan’ waktu tinggal sebumbung... Sedih nombor telefon disekat lepas bercerai dengan abang

Malah dia turut dilabel sebagai penyibuk dalam hal rumah tangga adiknya.

"Adik aku anti sekejap dengan aku sebab dia cakap aku sibuk rumah tangga dia. Dah kalau ada skandal, takkan la aku nak cakap dia tu bagus," tambahnya lagi.

Menerusi hantaran seterusnya, wanita ini mendedahkan bahawa adiknya kembali bahagia dengan pasangan.

  • Wanita kongsi kisah sokong adik ipar yang jadi mangsa curang, bukan adik kandungnya.
  • Dia suruh adik ipar teruskan cerai jika tak tahan, asalkan adik lelaki tetap beri nafkah.
  • Adiknya marah dan anggap dia menyibuk hal rumah tangga selepas ditegur.
  • Kini rumah tangga adik kembali pulih, tapi anak saudara takut padanya kerana dilabel “maklong gangster”.
  • Netizen setuju ipar kadang-kadang perlu tegas, dan ramai kongsi pengalaman serupa.

Meskipun gembira, namun dia terkejut apabila mendapati anak saudaranya pula mula berubah sikap seolah-olah takut untuk mendekatinya.

"Alhamdulillah sekarang adik dan ipar nampak okey. Tapi adik aku pergi cakap kat anak-anak saudara aku, maklong tu gangster.

"Tak pasal-pasal budak-budak tu takut dengan aku," kongsinya.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang mengakui kadangkala ipar duai terpaksa memainkan peranan tegas demi menjaga keharmonian keluarga.

"Saya temankan kakak ipar pergi cerai sebab abang saya panas baran sampai abang tak puas hati. Adik-beradik pun paksa suruh abang bagi nafkah.

"Sampai sekarang saya tak bertegur dengan abang, kakak ipar baik sangat sampai aku yang pergi serang penyondol.

"Akhirnya kita dicop sibuk hal rumah tangga dan ayat mak aku... biasalah lelaki dengan perempuan," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain