SETIAP daripada kita pasti menyimpan memori yang tidak dapat dilupakan ketika di zaman persekolahan.
Ada memori manis yang ingin terus dikenang dan ada juga kenangan pahit yang mahu dilupa namun sukar dikikis dari ingatan.
Seorang wanita berkongsi cerita tentang kenangan tidak dapat dilupakan sepanjang hayat apabila diuji dengan bapanya yang sakit.
Bukan mudah menjadi seorang pendidik. -Gambar hiasan
"Masa tu aku darjah tiga, diuji arwah abah sakit dia terpaksa ambil cuti tanpa gaji. Masa tu aku dah lewat bayar yuran.
"Mak pesan suruh beritahu cikgu abah saya tengah sakit, nanti mak usahakan bayar yuran tu secepat mungkin," katanya
Jelasnya, dia mengharapkan reaksi positif apabila memaklumkan mengenai masalahnya itu kepada guru, namun berlaku perkara sebaliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahu anak berjaya tapi kedekut bagi sumbangan PIBG! Ibu bapa disaran contohi MRSM, SBP, SJKC
ARTIKEL BERKAITAN: Dihalau dari dewan peperiksaan kerana ada yuran tertunggak, pelajar perempuan gantung diri selepas dimalukan guru
"Jawapan cikgu tu buat aku trauma dan tak kan lupa sampai bila-bila malah sampai sekarang aku sedaya upaya pastikan yuran anak tak pernah lewat.
"Jawapan cikgu masa tu, Sekarang ni bapa awak sakit je kan? Bukan meninggal kan? Selagi tak meninggal yuran kena bayar secepat mungkin," cerita wanita itu.
Mungkin maafkan tapi tak kan lupa.
WANITA
Lebih meninggalkan kesan mendalam buat dirinya apabila guru berkenaan berkata demikian di hadapan semua rakan sekelas sehingga dia malu.
"Tangan aku terketar-ketar antara tahan air mata dengan tahan sesak dada bila cakap macam tu.
"Muka cikgu masa tu tak nampak simpati langsung, memang dia geram sangat dengan aku," tambahnya.
Sebaik sampai di rumah, dia terus memaklumkan kepada ibunya tidak mahu lagi ke sekolah.
Reaksi warga maya
"Mak pujuk tanya kenapa, kemudian aku cakap apa yang cikgu kata. Terus mak aku pergi jumpa cikgu tu esoknya cuma aku tak tau apa yang mak aku cakap.
"Tapi yang aku ingat lepas tu cikgu tu memang tak suka aku. Peristiwa ni memang aku tak lupa. Mungkin maafkan tapi tak kan lupa," katanya.
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang mengakui ada juga guru yang pilih bulu dan tidak menyukai pelajar.
"Pernah juga masa sekolah menengah ada ustazah tak suka. Jenisnya kat dalam kelas kita je kena jawab soalan.
"Pastu mencari salah kita buat kerja rumah ke tak. Ye la kita sendiri terasa la tak disukai tu," katanya.