suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dihalau dari dewan peperiksaan kerana ada yuran tertunggak, pelajar perempuan gantung diri selepas dimalukan guru

Mangsa yang meninggal dunia secara mengejut lazimnya akan dibedah siasat. -Gambar hiasan

TIDAK tahan dihina dan dimalukan, seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun nekad menggantung dirinya selepas 'dihalau' daripada menduduki peperiksaan.

Menurut polis, mayat pelajar tersebut ditemukan tergantung di dalam bilik oleh ibunya.

Ibu mangsa yang membuat laporan susulan kematian mengejut tersebut mendakwa, anaknya yang merupakan pelajar di Kamala Sharan Yadav Inter College, Pratapgarh, Uttar Pradesh mengadu tidak dibenarkan menduduki peperiksaan kerana mempunyai yuran tertunggak berjumlah Rs 800 (sekitar RM41.50).

Mangsa malah didakwa dimalukan oleh pengurus kolej, pengetua, serta seorang guru ketika hadir ke kolej untuk menduduki peperiksaan pada Sabtu, kata polis. 

Sedih dengan kata-kata hinaan tersebut, mangsa yang dihalau kemudian pulang ke rumah dan bertindak menggantung diri di dalam bilik.

Kes berkenaan kini sedang dalam siasatan polis.

Sementara itu, mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat. -Agensi

 

Artikel Lain