MEMBELI barangan secara dalam talian kini bukan lagi perkara baharu, boleh dikatakan kanak-kanak hingga warga emas tahu bagaimana melakukan pembelian dengan kaedah ini.
Kebiasaannya, penghantar barangan akan memaklumkan kepada kita sebaik sahaja barangan telah selamat dihantar.
Seorang wanita bertanya di media sosial sama ada perlu atau tidak membalas mesej penghantar kurier atau mengabaikannya sahaja.
Ratusan bungkusan perlu dihantar kepada pelanggan oleh pekerja penghantar setiap hari. -Gambar hiasan
"Sebenarnya penghantar barang yang WhatsApp kita gambar barang depan pintu rumah suka atau tak kita balas terima kasih?
"Atau patut buat biasa je? Aku ni mudah rasa bersalah sikit orang dah tolong tapi tak cakap terima kasih," soalnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita batal pesanan lepas tiga hari berturut-turut buli abang kurier! Suruh COD tapi keluar rumah, duit pun tak tinggal
ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja kurier merungut, minta hapus kaedah COD... Geram pembeli banyak songeh! - “Aku nak balik cepat”
Seorang penghantar barangan kemudian membalas pertanyaan itu dengan memaklumkan penerima tidak perlu membalas mesej berkenaan.
"Lebih sesuai jika memberi reaksi pada gambar yang dihantar seperti tanda ibu jari terbaik, lambang hati atau sebagainya.
"Tak perlu balas terima kasih atau memulakan komunikasi kerana bila perbualan panjang susah nak kesan bukti penghantaran," katanya.
Kita ucap terima kasih dia jawab sayang awak.
NETIZEN
Lelaki itu berkata penerima juga tidak perlu rasa bersalah atau merasakan mereka biadab jika tidak membalas mesej berkenaan.
"Anda tidak kurang ajar tetapi membantu memastikan rekod lebih bersih," katanya.
Reaksi warga maya.
Namun, ada juga penghantar barangan merasakan ucapan terima kasih itu amat bermakna kepada mereka.
"Balasan terima kasih tu sangat bermakna bagi saya. Lebih-lebih lagi lepas penat lelah panjat tingkat empat dengan barang 20 kilogram.
"Kurier tempat aku comel sikit, kita ucap terima kasih dia jawab 'sayang awak'," kata netizen.