suria

Ibu terpaksa OT, jual kuih sampai kena strok sebelum meninggal... Rupanya jadi penjamin, kawan 'lari' tak bayar hutang

Setiap individu melakukan pelbagai cara untuk mencari sumber pendapatan. -Gambar hiasan

KATA orang buat buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Perkongsian seorang wanita di laman sosial, bercerita mengenai sikap baik ibunya yang sering membantu rakan-rakan wajar dijadikan pengajaran.

Memulakan cerita, wanita itu memberitahu ibunya amat baik dan disenangi ramai terutama dalam kalangan rakan sekerja.

Membantu rakan yang mengalami masalah kewangan merupakan sifat terpuji. -Gambar hiasan

Namun katanya, disebabkan terlalu baik ada kawannya yang cuba mengambil kesempatan terhadap diri ibu.

"Sampai satu tahap, dia jadi penjamin untuk pinjaman berlesen. Akhirnya kawannya tu kemudian berhenti kerja dengan notis 24 jam.

"Kawan mak yang berhutang tu lari dan tak bayar pinjaman. Mak akulah kena bayarkan. Banyak ye, pinjam RM5,000, kena bayar balik RM10,000," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Waris terkejut arwah mak terkait hutang RM53k! Rupanya jadi penjamin anak kawan belajar overseas... Risau urusan akhirat tergantung

ARTIKEL BERKAITAN: 20 tahun bankrap ‘hasil’ jadi penjamin adik beradik! Bapa kini bebas, berpeluang buat umrah... Peminjam gagal bayar loan 500K

Lebih menyedihkan ibunya terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan bagi melangsaikan hutang tersebut gara-gara menjadi penjamin ke atas pinjaman yang dibuat oleh rakan.

"Bertahun-tahun mak aku cari duit nak bayar hutang tu. Kerja OT (lebih masa), buat kuih lagi jual sampai mak aku kena strok.

Orang macam tu (menyusahkan kawan) akan ada balasannya.

NETIZEN

"Aku tak tahulah kehidupan kawan mak aku tu macam mana. Harap dia bertaubatlah. Mak aku dah meninggal ni pun, tak tahu dia tahu atau tak," ujarnya.

Menurut wanita itu, dia tidak mengenali rakan ibunya yang berhutang itu atau mana-mana warisnya kerana ia merupakan kisah lama yang diceritakan semula kepadanya.

Rakan yang berhutang gagal dihubungi. -Gambar hiasan

"Saya budak lagi masa tu, tahu tentang ni pun sebab nenek cerita. Nenek tahu daripada makcik saya sebab mak suka kongsi cerita dengan adik dia ni," katanya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa simpati terhadap situasi dialami arwah ibunya yang menjadi mangsa keadaan akibat rakan tidak bertanggungjawab.

"Orang macam tu (menyusahkan kawan) akan ada balasannya.

"Sebab tu dengan kawan, tak boleh percaya sangat. Lebih-lebih lagi bab duit. Kalau aku, lantak la kau nak cakap apa pun. Biasanya bila pinjamkan duit la jadi putus kawan.

"Lambat atau cepat orang tu akan dapat balasan daripada perbuatannya. Kalau dia terlepas, anak-anak atau cucu-cucunya itu pasti ada karma. Al-Fatihah buat arwah, semoga dalam golongan orang-orang beriman," antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain