suria

Baru kenal tak sampai sehari, peserta kursus sibuk tanya maklumat peribadi... Apa hal nak tahu suami kerja apa, di mana?

Sesi suai kenal merupakan perkara biasa dalam dunia pekerjaan. -Gambar hiasan

SESI suai kenal adalah satu program untuk kita memperkenalkan diri dan berkenalan dengan individu lain yang sebelum ini tidak pernah dikenali.

Bagaimanapun, seorang wanita merasakan banyak soalan bersifat peribadi ditanyakan kepadanya oleh salah seorang peserta di satu kursus yang dihadirinya.

Berkongsi cerita, katanya, wanita itu salah seorang peserta yang baru dikenalinya dan secara kebetulan dipilih sebagai rakan kumpulan sepanjang kursus.

Menjadi lumrah, setiap pasangan akan diuji dalam perkahwinan. -Gambar hiasan

"Aku kena duduk sebelah random girl yang aku tak kenal sebagai rakan kumpulan. Mula-mula dia tanya nama aku dan umur aku berapa. Jadi, aku pun okay je la anggap macam sesi perkenalan.

"Kemudian aku senyap. Selepas tu tiba-tiba dia tanya suami kerja apa? Suami kerja kat mana? Dah ada anak ke? Aku macam keliru sekejap," katanya.

Pertanyaan bertubi-tubi daripada individu yang baru dikenali itu mengundang rasa tidak selesa dalam dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Staf ‘intern’ tersilap beramah mesra, tanya soalan kurang cerdik kepada akak senior belum jumpa jodoh

ARTIKEL BERKAITAN: “Post sebagai tanda masih hidup” - Rupanya masih ramai tahu jaga privasi, tak suka tayang hal peribadi di media sosial

Malah, dia sendiri tertanya-tanya adakah soalan-soalan sebegitu adalah sesuatu yang biasa atau keterlaluan untuk ditanya.

"Nak tanya, pertanyaan macam ni memang normal atau biasa ke untuk orang tanya pada kita untuk pertama kali kita jumpa orang.

"Terkesima apabila ada orang tanya macam tu. Serba salah nak jawab atau tidak," ujarnya.

Bila soalan-soalan ke arah suami kita, boleh turn off kan.

NETIZEN

Wanita itu turut menjelaskan, dia menganggap individu berkenaan adalah orang asing yang mahu mengetahui maklumat tentang dirinya yang dianggapnya terlalu peribadi untuk dikongsikan.

"Majikan saya memang ada semua maklumat peribadi saya. Tapi ini stranger yang kita kena duduk sebelah-sebelah untuk rakan sekumpulan bagi melakukan aktiviti," katanya lagi.

Dikurniakan suami yang penyayang dan bertanggungjawab juga satu rezeki. -Gambar hiasan

Pendedahan wanita itu ternyata mengejutkan netizen yang mana rata-ratanya tidak menyangka soalan-soalan terlalu peribadi ditanyakan di awal perkenalan.

"Selalunya soalan-soalan macam ni untuk break the ice (suai kenal). Tapi saya tak ada la nak tanya sampai suami kerja mana semua. Saya akan tanya dia dari mana, ada kesesakan lalu lintas ke masa datang tadi dan sebagainya.

"Dia nak berkawan tapi bila soalan-soalan ke arah suami kita, boleh turn off kan.

"Suami dia kerja bagus kot. Itu yang nak tanya awak, jadi nanti awak tanya dia semula. Bolehlah dia cerita pasal suami dia pula," komen netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain