suria

Pemuda mahu simpan 1K sebulan lepas kahwin, nak segera beli rumah! Bakal isteri tak yakin, stres kena tinggal dengan mentua dulu

Banyak masalah timbul apabila tinggal di bawah satu bumbung dengan mentua. -Gambar hiasan

PERSEDIAAN sebelum melangsungkan sebuah perkahwinan perlu diberi pertimbangan sewajarnya.

Namun, seorang wanita meluahkan kebimbangan apabila bakal ibu mentuanya meminta dia dan tunang tinggal bersama selepas berkahwin nanti. 

Menurut wanita tersebut, dia berasa tertekan apabila diminta tinggal sebumbung dengan keluarga mentua sementara suaminya mengumpul wang untuk membina rumah sendiri.

Perlu ada persetujuan bersama untuk tinggal dengan mentua. -Gambar hiasan

"Saya nak kahwin ni lagi setahun. Tapi mak tunang saya ni minta saya dengan bakal suami nanti duduk dengan dia dalam setahun dua.

"Sementara tunggu suami saya ni kumpul duit untuk buat rumah dulu. Saya tak nak tapi pasangan saya ni kerap jelaskan fasal duit simpanan untuk buat rumah," ujarnya.

Wanita itu berkata, dia tidak bersetuju dengan permintaan tersebut kerana lebih selesa tinggal berasingan dengan keluarga selepas berkahwin. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua suka hati terjah rumah, buat macam hotel... Wanita salahkan suami sebab baik hati bagi kunci, tiada lagi privasi

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji rendah biar isteri tanggung famili, RM1 pun berkira... Duit MySara bagi ibu, tiap bulan hulur wang belanja

Tambahnya lagi, tunangnya merancang untuk menyimpan wang selepas berkahwin bagi tujuan membina rumah, sama seperti jumlah yang sedang disimpan setiap bulan untuk persiapan perkahwinan. 

Namun begitu wanita ini tetap berasa ragu-ragu dan buntu memikirkan kewangan serta kehidupan mereka berdua selepas bergelar suami isteri.

"Saya buntu la... Saya nak duduk asing sebab tak nak duduk sekali dengan mentua. Stres!

"Duit kahwin sekarang memang dia simpan setiap bulan sebanyak RM1,000. Itu yang dia yakin sangat cakap lepas kahwin pun nak simpan jumlah sama untuk rumah.

Dia belum bersedia dari segi kewangan untuk kahwin dan tanggung awak.

NETIZEN

"Tapi saya sendiri yang tak yakin dengan dia," ujarnya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai netizen yang memberikan pelbagai pandangan. 

Ada yang bersetuju, dan ada juga memberi amaran awal tentang masalah rumah tangga yang mungkin timbul.

Komen netizen di media sosial.

"Duit nak buat rumah tu biar je dia simpan 100 peratus. Kalau nak duduk asing sangat, menyewa la separuh dengan awak. Habis tempoh dua tahun berhenti la bayar separuh.

"Maaf, maksudnya dia belum bersedia dari segi kewangan untuk kahwin dan tanggung awak. Kemungkinan banyak konflik pada masa depan. 

"Dah mampu sediakan tempat tinggal untuk isteri baru la kahwin walaupun rumah sewa kos rendah," antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain