suria

Silap besar pakcik tua mengadu telefon keluar banyak iklan! Wanita urut dada periksa 'history', layankan saja alasan diberi

Ketagihan pornografi boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira usia. -Gambar hiasan

SETIAP orang mempunyai aib dan rahsia 'gelap' tersendiri yang cuba disembunyikan daripada orang sekeliling.

Di Thread, seorang wanita berkongsi kisah pelanggannya yang 'kantoi' menonton video lucah menggunakan telefon bimbit miliknya.

Lebih mengejutkan, dia mendakwa pelanggannya itu merupakan seorang lelaki yang sudah lanjut usia.

Video lucah boleh diakses dengan mudah dalam talian. -Gambar hiasan

"Saya seorang telco dealer. Jadi memang akan selalu tengok telefon pelanggan terutamanya orang tua.

"Seorang pakcik minta tolong sebab telefon dia keluar banyak iklan sampai tak boleh nak tekan. 

"Kita pun apa lagi, nak tolong padam history dan nak padam segala iklan merapu tu.

Macam tak percaya ya. Yang datang ni selalu mesti pakcik berkopiah.

PENGADU

"Sekali buka, Astaghfirullahalazim aku dalam hati. Penuh laman web lucah," ceritanya.

Menurut wanita itu, kes seperti ini bukanlah pertama kali dihadapinya sebaliknya sudah beberapa kali berlaku melibatkan pelanggan berusia.

"Macam tak percaya ya. Yang datang ni selalu mesti pakcik berkopiah. Dan ya, bukan pakcik ni seorang yang macam tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan rasa ‘kotor’, ketagih video lucah sejak usia 8 tahun! Lepas nampak ibu bapa berasmara, terus cari ‘online’

ARTIKEL BERKAITAN: Ketagih porno sejak remaja, lelaki jijik dengan diri sendiri tapi tak mampu berhenti - “Menyesal. lepas tu tengok balik”

"Dah nama pun pelanggan. Jadi kita pun cover la buat-buat tak faham. Pakcik cakap sebab download banyak aplikasi, kita pun iyakan je la," ujarnya.

Jelas wanita itu, dia tidak berniat mencampuri urusan peribadi pelanggan, sebaliknya hanya mahu berkongsi pengalaman sahaja.

Di ruangan komen, beberapa individu turut berkongsi kisah hampir sama yang dilalui mereka dan berpesan kepada pengadu agar tidak mudah buruk sangka kepada orang tua.

Tabiat suka menonton video lucah perlu dibendung sebelum ia bertukar menjadi satu ketagihan. -Gambar hiasan

"Macam kes kawan saya, anak dia check history telefon emaknya. Ada banyak video tak senonoh. Lepas disiasat, rupanya cucu dia yang search dalam phone nenek.

"Tapi telefon Android selalu macam tu. Bila banyak iklan merapu telefon jadi panas. Lepas saya tukarkan iPhone untuk ayah, dah tak ada iklan bukan-bukan.

"Bapa aku pernah kena. Semua sebab anak buah install game dan yang keluar semua iklan dewasa," antara komen netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain