ISU sumbangan wang kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah sering kali menjadi bualan dalam kalangan ibu bapa.
Boleh dikatakan di setiap sekolah ada sahaja 'suara' mak ayah yang tidak puas hati dengan sumbangan berkenaan kerana menganggap pihak sekolah akan menyalahgunakan wang yang dikutip.
Seorang pengguna media sosial yang mendakwa dirinya adik kepada seorang guru tampil menyuarakan betapa pentingnya sumbangan itu kepada pelajar sekolah.
Penglibatan ibu bapa penting dalam melahirkan pelajar cemerlang. -Gambar hiasan
Menerusi hantarannya, wanita itu turut berkongsi tangkap layar perbualan kakaknya dengan ibu bapa murid berkaitan fungsi sebenar sumbangan berkenaan.
"Pendidikan bukan perniagaan tapi pengorbanan. Nak macam-macam kena ada situasi menang-menang.
"Kita nak kemajuan tapi kompelin dan banding dengan yang tidak sepatutnya," kata kakak kepada wanita berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah buat majlis graduasi di hotel, mak ayah B40 ‘berkikis’ cari duit... Bekas AJK PIBG tegur penganjur - “Pandang dengan mata hati”
ARTIKEL BERKAITAN: Segera muncul kalau suruh ambil duit, tapi mesyuarat PIBG liat nak datang! Guru tegur sikap ibu bapa lepas tangan
Guru berkenaan juga menjelaskan kejayaan yang diraih pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) juga disebabkan sumbangan awal ibu bapa.
"Yuran MRSM dan SBP sampai RM1,000 sebab program yang sekolah sediakan berbaloi dengan apa yang pelajar dapat," katanya.
Nak berjaya, tapi kedekut.
NETIZEN
Bagi wanita ini, dia menyarankan agar ibu bapa hadir ke mesyuarat PIBG bagi mengetahui ke mana wang sumbangan itu disalurkan.
"Bukan cikgu kutip suka-suka. Contohi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, ramai juga yang pandai-pandai.
"Tak kisah la daripada golongan kaya ke miskin, ibu bapa mereka tak pernah berkira kalau bab sekolah anak," katanya.
Reaksi netizen
Pandangan itu dipersetujui netizen yang menganggap untuk berjaya, pengorbanan wang ringgit adalah amat penting.
"Begitulah mentaliti orang kebanyakan. Asal kerajaan je, percuma. Asal kerajaan je, percuma.
"Mereka ingat setiap yang berkaitan kerajaan ada peruntukan. Nak berjaya, tapi kedekut. Eihhh..geram.
"Bayar PIBG liat, merungut. Lepas tu ada hati nak kelas ada penghawa dingin, kantin macam kafe," kata beberapa netizen.