SESI persekolahan sudah pun bermula pada minggu ini dengan anak-anak kembali ke sekolah selepas sebulan bercuti.
Bagi ibu bapa yang anaknya pertama kali melangkah ke alam persekolahan, perasaan masing-masing pasti bercampur baur antara teruja dan risau.
Namun tanpa disedari adakalanya ada tindakan mereka yang membuatkan para guru pening kepala apatah lagi jika pelbagai soalan aneh ditanya dalam grup WhatsApp.
Mendidik pelajar zaman sekarang sangat mencabar. -Gambar hiasan
"Pelik betul dengan ibu bapa dalam grup darjah satu. Tak suka membaca. Semua nak disuap oleh cikgu.
"Cikgu esok anak-anak rehat pukul berapa? Cikgu esok anak-anak pakai baju apa? Cikgu esok nak kena ambil anak dekat pagar mana? Cikgu esok boleh ke datang tengok anak?
"Tolonglah tengah malam pun kau nak kacau dah kenapa? Ada bahan rujukan dalam grup tu rajin-rajin la baca," kata seorang wanita yang membuat hantaran di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Tanya tak jawab, apa guna grup WhatsApp? Ibu bapa bengang ‘disidai’ guru kelas anak - “Dia abai macam tu je”
ARTIKEL BERKAITAN: Arahan diberi dengan jelas, mak ayah murid nak juga mesej tanya di WhatsApp... Cikgu penat layan kerenah orang tua tak faham bahasa!
Perkongsian itu mendapat reaksi seorang guru yang mengakui sedikit tertekan menjadi guru murid darjah satu.
"Betul, saya dah tiga tahun jadi guru kelas darjah satu. Saya sampai nak jadi Hulk.
"Terima kasih kerana memahami kami sebagai guru," kata guru wanita berkenaan.
Kenapa tak tutup ruang komen. Sekolah anak saya memang ibu bapa tidak dilayan.
NETIZEN
Netizen pula berpandangan, masalah ini bukan hanya timbul melibatkan ibu bapa murid darjah satu sebaliknya turut berlaku sehingga peringkat sekolah menengah.
"Anak saya dah masuk tingkatan dua. Semalam sebelum daftar masuk asrama cikgu dah pesan tiada sebarang kaunter pembayaran semua bayar dalam talian.
"Ada juga yang tanya cikgu. 'Nanti bayar kat mana?' Bukan seorang tau yang tanya," kata seorang lagi netizen.
Reaksi netizen
Bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlaku, warga maya mencadangkan guru kelas menutup ruang komen di WhatsApp bagi mengelakkan ibu bapa terus bertanya soalan tidak berkaitan.
"Kenapa tak tutup ruang komen. Sekolah anak saya memang ibu bapa tidak dilayan. Cuma admin je boleh bagi notis," kata seorang lagi netizen.