suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Macam hamba kosmetik!” - Kenyataan celupar hina pekerja wanita nampak jijik sebab tak bersolek cetus kemarahan

Penampilan diri yang menarik boleh meningkatkan keyakinan seseorang. -Gambar hiasan AI

DALAM apa jua bidang pekerjaan, penampilan diri merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian.

Tampil kemas, bersih dan menarik bukan sahaja akan meningkatkan keyakinan diri, malah memberi gambaran positif kepada orang di sekeliling.

Menurut seorang individu, dia tertanya-tanya bagaimana segelintir wanita begitu yakin untuk keluar bekerja tanpa secalit solekan pada wajah mereka.

Pekerja perlu kelihatan kemas ketika berhadapan dengan pelanggan. -Gambar hiasan AI

"Bagaimana perempuan boleh pergi kerja dengan penuh yakin walaupun langsung tak mekap? Wajah lesu, nampak tak segar dan tak sedap mata memandang.

"Lagi-lagi kalau mereka kerja bidang peruncitan, jualan dan kedai-kedai makanan serta minuman (F&B). Orang tengok pun rasa menjijikkan," tulis individu itu.

Kenyataan yang dimuat naik menerusi aplikasi Threads itu pantas mengundang perhatian ramai netizen sehingga ia dihujani ratusan komen.

  • Seorang individu tular selepas mengeluarkan kenyataan tidak sensitif tentang wanita.
  • Dia menganggap wanita yang tidak memakai mekap sebagai menjijikkan.
  • Dia turut mempersoalkan wanita yang tidak bersolek ketika keluar bekerja.
  • Ramai netizen tidak setuju dengan kenyataan itu kerana tak semua wanita suka bersolek.

Bagaimanapun, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak setuju dan melihat kenyataan berkenaan sebagai satu kejian terhadap kaum Hawa.

"Anda semua rasa menjijikkan ke kalau perempuan tak pakai mekap? Saya kerja bidang F&B dan rasa tak perlu mekap pun. Cukup pakai sunscreen dan lipstik je.

"Tak mekap juga. Bukannya ada tahi mata atau air liur keluar sampai kau nak rasa jijik. Bukannya dia ada kurap berjangkit pun.

"Kenapa orang sekarang ni jadikan mekap sebagai sebahagian daripada hidup wanita? Macam jadi hamba kosmetik," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas tak berjaya buktikan murid perempuan pakai mekap, ustazah tergamak hambur kata-kata paling hina depan orang ramai!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita disindir rakan sekerja pakai mekap selepas solat, respons akak ‘cleaner’ buat hati berbunga

Namun, ada juga yang melihat kenyataan itu daripada sudut positif dan meminta mereka yang perlu berdepan dengan pelanggan setiap hari agar menjaga penampilan diri.

"Saya pun kerja hadap pelanggan. Sekurang-kurangnya kenalah nampak kemas waktu kerja.

"Tidaklah menjijikkan. Cuma kenalah nampak kemas. Biar muka nampak segar sikit," tulis netizen lagi.

Artikel Lain