suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pahitnya nasib menantu... Rumah dibuat macam ‘event space’, keluarga suami angkat kaki lepas sambut hari lahir mentua!

Sikap toleransi penting untuk mengekalkan keharmonian dalam keluarga. -Gambar hiasan AI

NIAT hati mahu menjadi menantu yang baik, namun pengorbanan wanita ini bertungkus-lumus menjayakan majlis keluarga akhirnya dibalas kekecewaan.

Begitulah nasib malang yang menimpa seorang wanita apabila dia berasa langsung tidak dihargai ketika keluarga mentuanya berkumpul di rumahnya sempena sambutan hari lahir ibu mentua.

Menceritakan semula detik pilu itu, wanita berkenaan mengakui bertanggungjawab menguruskan pelbagai persiapan majlis, manakala juadah hidangan dibeli oleh ahli keluarga mentuanya.

Setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan mengemas untuk meringankan beban tuan rumah selepas majlis. -Gambar hiasan AI

Namun apa yang menyedihkan, ketika semua ahli keluarga berkumpul gembira menyanyikan lagu hari lahir, dia ditinggalkan sendirian di dapur menyiapkan hidangan.

"Famili suami datang nak sambut hari jadi mentua. Siap dekorasi apa semua, mereka pun sampai rumah aku. Aku tolong hidangkan lauk yang mereka bawa.

"Tapi aku la bertungkus lumus dekat dapur untuk siapkan segala sayur dan barang persiapan yang mereka beli. Tiba-tiba masa menyanyi lagu hari jadi, aku masih dekat dapur potong sayur.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah jadi amalan sejak kecil! Satu famili suami liat berpuasa, mentua usia 70-an pun selamba makan depan orang

ARTIKEL BERKAITAN: Tulis kapsyen rindu suami pun tak boleh! Wanita rimas ibu mentua kawal ‘posting’ media sosial, gambar makanan turut dilarang

"Seorang pun tak ingatkan aku. Sampai dah nak habis menyanyi baru aku datang untuk join sekali. Tapi jelas terasa kehadiran aku ni langsung tak beri kesan," katanya.

Dugaan tidak berhenti di situ.

Setelah acara memotong kek selesai, wanita itu kembali ke dapur sebelum teringat anaknya masih belum diberikan susu.

Namun, ketika dia sibuk menyusukan anak di ruang tamu, ahli keluarga mentuanya sudah pun mengerumuni meja makan dan menikmati juadah tanpa menunggu atau mengajaknya bersama.

  • Menantu sedih dipinggirkan ketika majlis hari jadi mentua.
  • Sibuk di dapur, wanita terkilan tiada siapa mengingatinya.
  • Menantu dakwa keluarga mentua makan tanpa menunggunya.
  • Rumah ditinggalkan berselerak, menantu kemas seorang diri.
  • Wanita persoal sama ada dirinya terlalu sensitif.

Malah selepas majlis berakhir dan semua tetamu pulang, dia sekali lagi terpaksa menelan kepahitan apabila ditinggalkan bersama sisa makanan dan ruang tamu yang kotor tanpa sebarang bantuan.

"Lepas semua dah selesai makan, mereka balik. Tinggallah meja yang penuh dengan sisa makanan dan kesan kotoran coklat dekat meja, kerusi, meja serta bahagian ruang tamu yang mereka tinggal.

"Lepas kemas semua barulah masuk bilik nak mandi. Penat la sebab kalau famili saya sendiri, mereka tahu kemas lepas makan. Tapi keluarga mentua ni memang suka biarkan makanan terbiar atas meja.

"Kalau kita tak kemas, esok pun belum tentu dikemasnya," ujar wanita itu mengimbas kembali situasi berlaku.

Artikel Lain