SETIAP kali bulan Ramadan pasti ada salah seorang ahli keluarga kita yang liat berpuasa dengan pelbagai alasan seperti sakit gastrik atau tidak dapat menahan lapar.Kalau seorang berperangai seperti itu mungkin boleh dianggap masalah individu namun jika membabitkan seluruh keluarga maka ada 'penyakit' lebih dalam sedang membarah. Begitu situasi dialami seorang wanita apabila keluarga mentuanya hanya berpuasa selama seminggu sahaja sepanjang Ramadan.Perkara itu didedahkan wanita itu ketika meluahkan masalah tersebut kepada salah seorang rakannya yang terkejut dengan 'budaya' tersebut.Isteri perlu menegur suami jika dia malas berpuasa. -Gambar hiasan AI“Semalam saya ada berborak dengan seorang kenalan. Dia cerita dia culture shock dengan keluarga suami dia."Dia cakap famili suami dia jenis puasa seminggu je bila bulan Ramadan. Hari lain terus tak puasa macam biasa. Saya pun terkesima sekejap bila dengar," kongsi wanita itu.Menurut ceritanya lagi, sehari sebelum Aidilfitri keluarga tersebut akan menyediakan pelbagai juadah hari raya dan menyambut perayaan itu seperti biasa.“Sehari sebelum raya mereka akan masak macam-macam juadah raya, lepas tu makan bersama sampai hari raya,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Tak malu buat dosa! Wanita sedih rakan sekerja lelaki Muslim bebas bawa plastik sarapan waktu siang, badan bau rokokARTIKEL BERKAITAN: “Perut aku dah berbunyi pedih” - Wanita hamil sedih disindir rakan sekerja, belum sampai tengah hari sudah buka puasa!Menurutnya, keadaan itu melibatkan hampir semua ahli keluarga termasuk ibu bapa mentua yang sudah berusia lebih 70 tahun serta adik-beradik lain.Dia turut bertanya bagaimana keadaan menantu atau ipar duai yang baru menyertai keluarga tersebut.Menurut rakannya, ada yang masih meneruskan ibadah puasa seperti biasa namun ada juga yang akhirnya mengikut cara keluarga itu.Tambahnya, suami rakannya juga menghadapi kesukaran untuk berpuasa kerana dibesarkan dalam suasana sedemikian.Seorang wanita berkongsi kisah rakannya yang terkejut apabila keluarga mentua hanya berpuasa seminggu.Selepas itu, mereka makan seperti biasa walaupun masih dalam Ramadan.Ada menantu yang tetap berpuasa, namun ada juga yang terikut.Suami rakannya juga sukar berpuasa kerana dibesarkan begitu.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen.Ringkasan ini dijana oleh AI“Ada satu hari mereka makan macam waktu makan tengah hari biasa. Siap pelawa dia sekali makan. Dia cuma senyum dan terus masuk bilik,” katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mendakwa masih ramai lagi umat Islam yang jahil tentang agama."Ini realiti... Ibu saya guru sekolah rendah. Kadang-kadang cikgu suka tanya puasa ke tak kan."Ada sorang pelajar ni cakap dia tak puasa. Bukan dia ja, satu famili. Sebelum datang sekolah semua orang sarapan macam biasa dia kata," komen netizen.