suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Pemandu Proton Wira tidur sambil memandu, rempuh Honda City hingga tercabut bampar

Pemandu Proton Wira dirakam memandu sambil tidur. -Gambar media sosial

SEORANG lelaki dirakam tertidur semasa memandu di Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL), Johor.

Dalam kejadian sekitar pukul 10.40 malam Sabtu itu, Proton Wira berwarna putih yang dipandu lelaki itu juga turut merempuh beberapa buah kenderaan.

Menerusi video yang tular [Tonton Video], dia dilihat memandu secara perlahan di lorong paling kiri lebuh raya tersebut.

Beberapa pemandu dan penunggang motosikal dilihat membunyikan hon selepas melintasi kereta berkenaan.

Apabila memasuki di jalan yang sesak, Proton Wira mula merempuh beberapa kenderaan lain dihadapannya.

Malah, bampar hadapan kereta Honda City turut tercambut selepas dirempuh pemandu terbabit.

Kereta itu hanya berhenti selepas sebuah Proton Saga yang dirempuh memberhentikan kenderaannya.

Walaupun sudah berhenti, rakaman video menunjukkan lelaki itu masih tertidur.

Setakat ini, tiada kenyataan dibuat Polis Diraja Malaysia berhubung insiden terbabit sama ada lelaki itu benar-benar tertidur atau dia mengalami serangan jantung.

Artikel Lain