suria

Baru dua minggu beli, sofa raya RM2,000 patah angkara tetamu gemuk! Tuan rumah sakit hati tak dapat ganti rugi

Sesetengah perabot tidak sesuai digunakan oleh individu berbadan gempal. -Gambar hiasan AI

SEJAK awal Ramadan ramai mula membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja pakaian tetapi kelengkapan lain seperti menukar langsir, mengecat rumah dan membeli perabot baharu.

Namun malang nasib seorang wanita ini apabila sofa yang baru dibelinya sekitar dua minggu lalu tidak dapat digunakan pada hari raya nanti.

Kerosakan itu bukan berpunca daripadanya tetapi tetamu bersaiz besar yang berkunjung ke rumahnya baru-baru ini.

Lebih menambah rasa terkilan apabila individu tersebut langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk bertanggungjawab atas kerosakan sofa berharga RM2,000 itu. 

Individu berbadan gempal sering mengalami masalah kesihatan. -Gambar hiasan

Individu berbadan gempal sering mengalami masalah kesihatan. -Gambar hiasan

"Sedih aku, sofa itu baru jer beli. Nak kata mahal itu, tidaklah. Dalam RM2,000 sahaja, standard sofa B40.

"Baru pakai dua minggu tapi patah sebab ada tetamu badan besar yang datang duduk. Senget sebelah dah sofa aku," luahnya di Threads.

Dalam pada itu, dia mengakui tersalah percaturan ketika membeli sofa tersebut yang mempunyai kaki halus dan tidak mampu menampung berat berlebihan.

Jelasnya, dia memilih sofa jenis itu kerana ia mudah dialihkan sekali gus memudahkan dia membersihkan ruang tamu.

  • Wanita sedih sofa baru RM2,000 rosak selepas diduduki tetamu.
  • Sofa baru digunakan kira-kira dua minggu sebelum patah.
  • Dakwa tetamu berbadan besar duduk hingga sofa senget sebelah.
  • Terkilan kerana tetamu tidak tawar baiki kerosakan.
  • Netizen beri reaksi, ada nasihat minta tetamu ganti sofa baharu.

"Ingatkan beli yang jenis ini senang nak menyapu dekat bawah (sofa) sebab sebelum ini guna yang tiada kaki, tapi habuk senang terkumpul," jelasnya.

Menerusi perkongsian sama, individu itu turut memberi teguran terbuka kepada golongan berbadan besar supaya lebih peka apabila berkunjung ke rumah orang lain.

Malah wanita itu menasihatkan agar mereka dengan masalah obesiti agar berusaha menurunkan berat badan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin sebab kau gemuk” - Banyak kali pergi ‘interview’ tapi gagal, bapa suruh anak kuruskan badan sebelum minta kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak terima kanak-kanak datang beraya! Sofa baru beli terbakar, ada budak main mercun dalam rumah

"Bukan niat nak body shaming tapi orang yang badan saiz besar sangat ni, kalau boleh usahalah turunkan berat," ujarnya.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi, dengan segelintir netizen mengakui turut merasa sedih dan terkilan apabila dekorasi raya musnah disebabkan orang luar.

"Ada juga yang jenis duduk menghempaskan badan.

"Semasa patah tu, takkan tetamu tak cakap apa-apa? Kalau dia tak tawarkan, awak suruhlah dia ambil dan beli baru untuk awak," ujar beberapa netizen.

Artikel Lain