suria

Hati isteri rasa kena rentap kerja suami dipersenda keluarga, anggap gurauan ‘lawyer buruk’ tak kena tempat

Gurauan kasar boleh melukakan hati jika tidak kena pada tempatnya. -Gambar hiasan AI

ISTERI mana sanggup melihat pekerjaan suami dipersendakan di hadapan orang ramai, apatah lagi perkara itu dilakukan oleh ahli keluarga sendiri.

Seperti mana dialami wanita ini, kesedihan menyelubungi hatinya apabila pekerjaan suaminya sebagai peguam sering dijadikan bahan gurauan keluarga mentuanya sendiri.

Kata wanita itu, panggilan 'lawyer buruk' sering dijadikan ejekan atau gurauan yang secara tidak langsung menghancurkan hatinya sebagai seorang isteri.

Jelasnya, keluarga mentua memandang rendah kepada suaminya disebabkan lelaki itu memilih kehidupan sederhana walaupun memiliki firma guaman sendiri sejak 10 tahun lalu.

"Dari dulu keluarga mentua suka bergurau kata suami saya bukan peguam yang cekap atau lagi senang 'lawyer buruk'.

Jaga pertuturan walaupun sesama keluarga bagi mengelak menggores perasaan orang lain. -Gambar hiasan AI

"Masa kami pergi beraya dekat rumah saudara-mara dia, ada bertanya sama ada suami saya ini masih seorang peguam.

"Ada salah seorang ahli keluaga mentua saya cakap dia ni lawyer buruk, lepas itu semua orang gelak," kongsinya di Threads.

Katanya, dia menganggap gurauan itu tidak kena pada tempat namun terpaksa menelan semua kata-kata menghina suaminya kerana enggan bersikap kurang ajar terhadap keluarga mentua.

"Dia cakap suami saya lawyer buruk tapi anak-anak dia sendiri pun tengah nak tamatkan pengajian jadi peguam sebab terinspirasi nak jadi peguam macam pakcik mereka. 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri rasa terhina, suami muda 10 tahun asyik hina fizikal... Bentuk buntut, dada, bau ketiak semua tak tepati 'selera'

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun dicurangi, hidup wanita bertambah sengsara lepas bercerai... Bekas suami narsistik guna anak ‘alat’ balas dendam

"Macam mana kalau saya cakap anak-anak dia tu lawyer buruk? Buat masa sekarang, belum ada kekuatan nak pertahankan suami tapi itu tidak bermaksud saya sokong tindakan mereka," luahnya lagi.

Dalam pada itu, dia bernasib baik kerana keluarganya bangga dengan kerjaya suami yang berjaya menampung kehidupan mereka dengan selesa.

"Doakan suatu hari nanti saya ada kekuatan nak bela suami. Setiap titik peluh dia jadi peguam yang menyuap makanan dalam mulut kami. 

"Dari peguam junior sehingga sekarang sudah sebaris dengan senior yang ada banyak pengalaman," jelasnya mengenai perkembangan suami sendiri.

  • Isteri sedih suami peguam dipersenda dengan gelaran 'lawyer buruk'.
  • Gurauan berlaku hari raya hingga undang gelak tawa saudara.
  • Suami ada firma lebih 10 tahun, namun tetap diperlekeh.
  • Isteri belum berani pertahankan, tapi tidak setuju tindakan itu.
  • Dia tetap bangga suami yang menyara keluarga dan jadi inspirasi.

Bagaimanapun di ruangan komen perkongsian itu ramai meminta wanita tersebut tidak mudah mengambil hati kerana ia jelas sekadar gurauan.

"Lawyer buruk itu memang gurauan. Kena tengok mood, kalau masa itu suasana gembira tengah gelak-gelak memang jangan ambil hati," komen netizen.

Istilah 'loyar buruk' atau 'lawyer buruk' merupakan bahasa percakapan merujuk kepada individu gemar berdebat, pandai bertikam lidah serta banyak bercakap tanpa isi berfaedah.

Ia turut menggambarkan sikap seseorang yang suka membantah atau memberi alasan tidak munasabah dalam sesuatu situasi.

Artikel Lain