suria

Lima tahun dicurangi, hidup wanita bertambah sengsara lepas bercerai... Bekas suami narsistik guna anak ‘alat’ balas dendam

Anak-anak sering menjadi mangsa keadaan apabila ibu dan bapanya bercerai. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa sedih apabila rumah tangga yang dibina sejak lima tahun lalu akhirnya musnah akibat perbuatan curang suami.

Lebih merungsingkan perpisahan yang berlaku nampaknya bukan titik noktah kepada penderitaan dan pengkhianatan sang suami.

Sebaliknya, bekas suami menggunakan anak mereka sebagai alat balas dendam termasuk cuba membuatkan hidupnya huru-hara.

Sejak bercerai pada Disember tahun lalu, wanita ini memberitahu dia langsung tidak berpeluang bertemu dengan anaknya kerana dia di bawah jagaan bekas suami.

Setiap manusia diuji dengan pelbagai dugaan. -Gambar hiasan

Setiap manusia diuji dengan pelbagai dugaan. -Gambar hiasan

"Dia yang nak jaga dan tak bagi saya ambil anak. Kalau saya tak jenguk, dikatanya saya tak peduli tapi apabila saya datang atau ambil tahu pun dilarang juga," luahnya di Threads.

Lebih mengecewakan, usaha mendapatkan haknya sebagai ibu melalui salurang undang-undang menemui jalan buntu apabila bekas suami enggan memberi kerjasama.

Perbincangan juga tiada titik tengah malah bekas suami dengan nada sarkastik memintanya berkahwin baru jika mahukan cahaya mata.

"Apabila saya failkan kes hadhanah (hak penjagaan anak), dia tak nak datang. 

  • Wanita sedih rumah tangga lima tahun musnah akibat kecurangan suami.
  • Dakwa tak dibenarkan jumpa anak sejak bercerai Disember lalu.
  • Usaha tuntut hak penjagaan gagal, bekas suami enggan beri kerjasama.
  • Dedah sering dicurangi sepanjang perkahwinan.
  • Netizen beri sokongan, nasihat terus berjuang di mahkamah.

"Siap suruh saya kahwin lain dan pergi buat anak baru, pening layan perangai narsistik macam ni," luahnya lagi.

Bukan itu sahaja, wanita ini mendakwa bekas suaminya cuba memutar belit fakta dengan meletakkan punca penceraian di bahunya.

Jelasnya, sepanjang lima tahun berkahwin dia sebenarnya sudah banyak kali dicurangi dan memilih memaafkan perbuatan lelaki tersebut.

"Dia buat kes itu ini, aku terima semua kekurangan, cacat cela dan masalah untuk ditanggung.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami tuntut hak jagaan 3 zuriat... Selepas selidik rupanya sudah cacat akibat kemalangan - “Saya yakin dia nak anak-anak mengasuh”

ARTIKEL BERKAITAN: “Hanya maut dapat insafkan” - Ramai geram sikap lelaki narsistik, anjur jamuan makan sebab nak dengar kawan kutuk bekas isteri

"Sepanjang lima tahun perkahwinan aku kena curang banyak kali, perempuan mana yang boleh bertahan?" ajunya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan menasihati wanita tersebut agar terus kuat berjuang di mahkamah demi mendapatkan hak sebagai seorang ibu. 

"Jangan bagi tekanan pada anak, cukup masalah antara awak berdua dan tak perlu layan sangat negatif tu.

"Biarkan je dia jaga anak-anak, cuba tak payah ambil peduli, jenis manusia begini dia akan sakitkan hati kita," antara reaksi netizen.

Artikel Lain