SEORANG wanita meluahkan rasa bimbang dan terkilan apabila bekas suaminya tiba-tiba memfailkan tuntutan hak jagaan ke atas tiga anak perempuan mereka.Lebih menambah rasa sedih apabila tindakan itu dibuat selepas hampir 10 tahun lelaki terbabit menghilangkan diri termasuk mengabaikan nafkah anak-anak. "Kami bercerai hampir 10 tahun dan bekas suami mengabaikan nafkah anak-anak, datang jenguk pun tak pernah."Saya ada tiga orang anak perempuan yang berumur 10, 12 dan 14 tahun," luahnya di Facebook.Membesarkan anak tanpa bantuan pasangan bukanlah tugas yang mudah. -Gambar hiasan AIMengakui terkejut apabila menerima surat guaman tuntutan berkenaan, wanita ini mendakwa ia dibuat kerana bekas suaminya mahu anak-anak membantu menjaganya yang disahkan orang kurang upaya (OKU) selepas terlibat dalam kemalangan.Tambahan pula lelaki itu tidak mempunyai anak hasil daripada perkahwinan baharu."Saya yakin dia nak anak-anak mengasuh dan jaga dia.ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk gulung tali pancing, bapa abai anak kecil menangis ketika berkelah... Langsung tak toleh, kail lagi penting!ARTIKEL BERKAITAN: Wanita simpan dendam dengan bapa, kecewa jadi mangsa nafsu poligami! Hanya tahu ‘buat’ anak, abai nafkah keluarga"Tak sangka lepas berkahwin baharu, dia tak ada anak... jadi dia nak tuntut anak-anak saya," tambahnya yang kesal kerana tidak membuat tuntutan nafkah mahupun hadanah selepas bercerai.Menurutnya lagi, situasi yang berlaku membuatkan anak-anaknya berada dalam keadaan dilema selain menyatakan keengganan untuk tinggal bersama bapa kandung susulan trauma dengan kejadian lama."Anak-anak dah cakap mereka tak nak duduk dengan abahnya sebab tak biasa. Wanita terkejut bekas suami tuntut hak jagaan tiga anak perempuan.Hampir 10 tahun menghilang, nafkah dan ziarah langsung tiada.Dakwa bekas suami OKU, mahu anak jaga kerana tiada zuriat baharu.Anak trauma, enggan tinggal bersama bapa kandung.Netizen anggap peluang bekas suami sangat tipis.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dulu dia pernah ambil untuk kenalkan dengan ibu tiri. Tapi abahnya asyik marah-marah, pukul dan kurung anak."Anak-anak jadi trauma dan tak mahu tinggal dengan dia," katanya yang sayu mengenangkan keadaan anak ketika itu.Dalam pada itu, wanita ini mendedahkan bahawa sikap panas baran dan menganggur merupakan punca utama perpisahan mereka dahulu.Antara reaksi netizen. Malah katanya, sejak itu, dia hidup bahagia bersama anak-anak dan pasangan baharu.Di ruangan komen, ramai berharap agar bekas suaminya tidak mendapat hak jagaan anak seperti yang dituntut."Ini mesti idea isteri baharu dia tu, lawan sis... dia tak kerja macam mana nak dapatkan hak jagaan dan anak-anak pun dah besar."Keputusan di tangan anak-anak kalau usia atas tujuh tahun, ekonomi dan kemampuan ayah pun dah tipis peluang tu. "Dah tak mampu, nak dapatkan hak jagaan apa lagi," demikian reaksi netizen.