SEORANG wanita tular di Thread selepas berkongsi realiti kehidupannya sebagai isteri kedua.Menerusi hantaran itu, dia mendedahkan tidak pernah meraikan Aidilfitri bersama suaminya sepanjang enam tahun perkahwinan mereka. "Apabila raya je saya akan ambil cuti seminggu dan memandu balik ke kampung sendiri untuk beraya dengan keluarga.Aidilfitri tentunya lebih meriah jika diraikan bersama insan tersayang. -Gambar hiasan AI"Suami akan beraya bersama isteri pertama dan anak-anak. Saya tak ada anak, jadi saya reda kalau suami tak nak beraya dengan saya atas alasan anak-anak."Saya sedar diri, jadi saya biarkan saja walaupun sedih sebab tak pernah salam di pagi raya macam orang lain," tulisnya.Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan pada Mac depan, wanita itu merancang untuk ke luar negara demi mengubati hatinya yang lara.Seorang wanita kongsi realiti hidup bermadu di aplikasi Thread.Dia sebagai isteri kedua reda apabila suami melebihkan isteri pertama.Saban tahun dia tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama suami.Dia merancang untuk ke luar negara bagi meraikan Aidilfitri tahun ini.Ringkasan ini dijana oleh AI"Ada tak orang open trip masa raya? Tahun ni saya ingat nak beraya di luar negara sebab perlukan ketenangan jiwa dan hati."Saya tak nak orang judge macam-macam disebabkan status sebagai isteri kedua. Saya berkahwin secara sah, bukannya senyap-senyap. Semua keluarga dan kenalan tahu."Cuma apabila tiba hari raya, saya memang mengalah untuk suami raikan dengan isteri pertama," kongsinya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Tarik diri lepas dapat tahu akan dijadikan isteri kedua! Bakal suami ‘tamak’, rancang nikah wanita pilihan keluarga duluARTIKEL BERKAITAN: Bini kedua kesal dianggap perempuan simpanan versi halal... Hidup terabai, suami lebihkan isteri pertamaDi ruangan komen, ramai pelayar Thread meminta wanita itu reda dengan nasibnya kerana dia sendiri yang memilih untuk hidup bermadu."Lain kali jangan buat orang, sebab diri sendiri yang akan terkena. Lelaki yang kau gilakan sangat tu terang bersuluh tak layak poligami."Apabila awak ambil suami orang, yang paling terkesan adalah anak-anak yang melihat ibunya terluka. "Nama pun isteri kedua. Sudah tentu akan jadi pilihan kedua," tulis beberapa netizen.